Masalah Selalu Mengantuk..

Satu masalah aku sekarang ni bila mana kalau pagi-pagi aku tak pekena Nescafe, mesti tengahari nanti aku akan mengantuk gila babas. Menguap sampai berair mata. Kalau duduk depan pc tu pendek kata dalam 5 minit dah berbelas kali aku menguap.

Orang kata kalau asyik menguap itu petandanya tak cukup oksigen. Betul ke tidak, aku tak tahu. Wallahualam. Sebab aku dulu masa SPM subjek Biologi credit cukup-cukup makan je. Hahaha.

Tapi serius..

Ubat untuk aku hilangkan rasa mengantuk ni bilamana setiap pagi aku kena minum nescafe ais kat kedai mamak dekat tepi office ni. Minum secawan, inshaAllah sampai ke petang tak ada nak menguap lagi dah.

Cuma tu la.. Hari-hari minum nescafe pun tak elok juga. Sebab yang pertama.. itu air manis, dan sekarang ni aku dalam proses nak mengurangkan minum air manis.

Well..

Umur dah 3 series, dah timbul rasa keinsafan untuk jaga pemakanan supaya tak memudaratkan kesihatan di kemudian hari. Hehehe.

Dan lagipun, mak aku sendiri pernah ada pengalaman bila mana dia selalu minum nescafe dulu, sampai satu tahap.. dia ada masalah dengan pendengaran – masalah apa, aku lupa dah. Tapi doktor pakar yang periksa mak aku dulu ada bagitahu, puncanya daripada minum nescafe.

Haih.. serba salah aku ni. Kalau tak minum nescafe, jadi mengantuk. Tapi bila terlalu bergantung harap pada produk tu, takut menjejaskan kesihatan lain pulak.

Hmm.. apa patut aku buat ni. Kan senang kalau kat office boleh mandi, mengantuk je tanggal baju.. mandi. Terus segar.. Hilang mengantuk. Hahaha

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Minum kopi o biasa saja. Gula sikit. Nescafe ni ada lemak mentega dalam pembuatannya. Ditambah dengan lemak susu kalau buat nescafe susu. Memang berlemak darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *