in

Masalah Samsung Call Tak Dapat Dengar


Nak dijadikan cerita, siang tadi aku ada call wife. Dia jawab tapi suaranya sayup-sayup kedengaran. Macam duduk jauh daripada fon.

Pada mulanya aku fikirkan ada gangguan coverage, so bila dia dah balik kerja tadi aku suruh dia buat panggilan secara face to face untuk test sama ada betul atau pun tak coverage yang problem.

Tapi malangnya, masalah yang sama berulang. Suaranya masih kedengaran jauh walaupun realitinya wife aku hanya duduk di sebelah.

Hmm.. dalam hati dah terdetik ini mesti fon Samsung S3 wife aku dah rosak sebab malam sebelumnya Khair ada jatuhkan fon. Takut semasa jatuh tu, impak jatuh tu menyebabkan speaker rosak.

Kemudian, dengan semangat yang berkobar-kobar.. Aku Google satu demi satu keyword yang berkaitan untuk cari jalan penyelesaian. Terjumpa dalam forum, ada yang kata software problem, ada yang kata OS dah corrupt dan macam-macam teori lagi lah.

Tapi dalam banyak-banyak tu, ada satu tips yang menarik perhatian aku. Korang tahu lubang kecil yang terletak di bawah fon tu fungsinya untuk apa?

Samsung S3 mic

Lubang untuk mic. Haa.. itu lah puncanya. Tadi aku nampak lubang tu tersumbat dek apa benda entah yang Khair sapu smlm. Rasanya macam mashed potato KFC. Hahaha.

So, dah nampak tersumbat aku just cucuk dan bersihkan guna jarum.Dah bersih, settle masalah. Dapat dengar balik suara sesiapa pun yang call dengan jelas. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply
  1. keputusan yang tepat! selamat lah hafiz dah cuba dulu cari jalan penyelesaian .. tak macam majoriti pengguna, ada masalah skit terus hantar kedai…

  2. Dulu samsung aku pun ada masalah juga voice tak dengar bila telefon. Penyelesaiannya unsintall app viber then restart. Itu kisah dululah. hehe..

  3. beberapa hari lepas tab3 kids anak sayapun hang (tidak boleh memainkan video youtube).

    Lepas format kembali sedia kala.

  4. apa lagi. angkatlah telefon baru.

    kalau dah rosak buang aje. tak pun kasi aje kat anak bro untuk kasi terus jahanamkan phone tu

  5. wahhhh… google samsung ada mikrofon tak? entri ni kat atas sekali google 1st page. Owh… itu je rupanya… ish3… banyk dah hanfon sy buang sbb mcm ni. huhu… sabar je la… BTW, Thanks info

  6. Aku ada msalah pada tab aku..bila saya atau org call saya..saya boleh dengar suara dia tp dia tak boleh dengar suara saya..apa mslhnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *