Complain Unifi

Complain Unifi

Saya sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Unifi. Pada 1hb April 2015 saya telah membuat bayaran sebanyak RM154 untuk akaun xxxxxxxxxx. Tetapi sehingga hari ini, status pembayaran saya masih pending. Follow up telah saya lakukan beberapa kali sebelum ini sama ada melalui portal, twitter, email dan juga phone call (YANG MANA CAJ TELEFON AKAN DIKENAKAN PADA SAYA), tetapi masalah masih juga belum selesai. Jawapan yang diterima “Bayaran masih belum diterima”.

Pada 7hb April saya sekali lagi hantar email beserta SCREENSHOT PEMBAYARAN kepada help@unifi.com.my, tetapi malangnya customer service representative unifi beritahu saya email tersebut belum diterima (refference no: 1-xxxxxxx).

Dan hari ini saya sekali lagi diminta untuk hantar email kepada unifi@tm.com.my (YANG MANA TELAH DITAMATKAN SERVIS) pula untuk explain masalah yang sama iaitu status pembayaran masih belum diterima. Saya difahamkan juga bahawa, selepas saya hantar email ini kepada pihak Unifi, proses semakan mengambil masa selama 14 hari yang mana dalam tempoh tersebut bil baru akan keluar (dan berkemungkinan besar didalam bil baru tersebut menyatakan saya belum bayar bil bulan lepas).

Persoalannya, jika bil baru menyatakan saya belum bayar bil bulan lepas, adakah tidak akan ada gangguan pada internet connection saya? Berapa kali lagi saya perlu korbankan duit saya untuk call pihak Unifi untuk follow up benda yang sama?

Untuk pengetahuan, saya telah call pihak bank dan mereka telah buat pengesahan jumlah bayaran telah pun ditolak dari akaun, dan juga mereka memberitahu, masalah adalah berpunca daripada sistem Unifi sendiri kerana pembayaran dibuat melalui portal.

Jadi, saya disini ingin memohon sangat-sangat kerjasama daripada pihak Unifi untuk selesaikan masalah saya. Masalah yang mudah, tetapi disebabkan terlalu banyak protokol syarikat, membuatkan customer yang menjadi mangsa.

Dibawah saya lampirkan sekali lagi butiran beserta SCREENSHOT mengenai bukti pembayaran:

Kaedah Pembayaran : Online Banking
Tarikh :
Nombor Akaun :
Jumlah Pembayaran: RM154
Lokasi / Nama Bank : RHB

SocMed

27,433FansLike
1,118FollowersFollow
7,134FollowersFollow
1,360FollowersFollow
57SubscribersSubscribe