Ahh sudah..Mood blogging ke laut?..ini mesti gara-gara menu raya yang sedap-sedap belaka; ketupat, lemang, nasi minyak, satay, rendang, gulai, nasi dagang..Fuh..menjilat jari sehinggakan tahap keboroian perut jejaka kacak pun makin bertambah.
Biasalah..bila dah namanya “Raya”, masa inilah ramai orang mengambil kesempatan untuk berjumpa saudara mara, sahabat handai..mengeratkan lagi silaturrahim sesama sendiri. Hujung minggu bulan Syawal pasti tidak sah kalau tidak dipenuhi dengan program rumah terbuka.
Seperti tahun-tahun sudah, bila pulang daripada kampung halaman..jemputan rumah terbuka daripada rakan-rakan pun berderet mengambil tempat masing-masing. Dan yang paling seronoknya apabila kali ini tradisi rumah terbuka raya lebih meriah dengan jemputan dari rakan-rakan blogger juga. Antara yang sempat Hafiz berkunjung:
- Rumah terbuka Ombak Creative (AkmaOmar.Com)
Nota: Ombak Creative merupakan butik pengantin yang menyediakan all-in-one pakej termasuk lokasi perkahwinan. Sesuai untuk sesiapa yang berminat melangsungkan perkahwinan secara eksklusif di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur
- Rumah terbuka Ujang (Azfar9897.Blogspot.Com)
p/s: Rasa-rasa ada lagi tak blogger area Kuala Lumpur yang nak buat open house? Jangan lupa jemput ye..hehehe
Hujung minggu lepas tak dapat hendak memenuhi jemputan rakan blogger kerana menghadiri jemputan kahwin jiran.
Sekarang ni berlumba-lumba orang buat rumah terbuka.
Senangnya pabila dapat hadir dalam open house edisi hari raya yang diadakan oleh blogger, bisa makin mempererat jalinan silaturahmi ya 🙂
La, dua rumah je ke semalam he…23x
Umah blogger je 2 bro..selain blogger ade lagi..hehe
hoho..gua takde open house. rumah gua sentiasa terbuka. hoho..
sentiasa terbuka utk diterjah…hoooooho
Kalau ramai yg jemput rumah terbuka mmg letih nk pegi huhu
rajinnya bro.. aku masih dalam mood raya ke laut.. tak ada semangat nak beraya..
thanks dtg bro..=)
pergh! raya sakan..best juga datang open house, dapat makan sedap2x..
alaaa bro.. ingatkan 8 bijik rumah.. hehehe.. makan sampai lebammm
Banyak dah terjah open house…hehehehe…
Seronoknya Bro dapat beraya sakan mengunjungi rumah terbuka rakan-rakan…
Sonok dapat terjah open house sambil ngan member kan…..
minggu ni confirm lagi banyak yang buat open house…sy punya jadual da packed da..hee
seronok dapat pergi open house sesama blogger. selalu jumpa secara maya, jumpa depan2 rasa macam jumpa artis je eheh.
betul bro..lagi2 bila tiba2 tengah makan, ada orang yang tak dikenali tegur kita..rasa excited jap..hehehe
den baru 1 open house tahun ni..
Macam mana la mu boleh perasan Bro lalu ek hari tue…
Eagle eye bro..eagle eye..dari jauh nampak..hahaha