in

MARA Tak Hutang Aku Dah


Merujuk kepada entri langsai hutang MARA tempoh hari, akhirnya semalam sampai jugak kat rumah surat yang ditunggu-tunggu.

Surat pengesahan selesai baki pinjaman daripada pihak MARA.

Surat Pengesahan Selesai Baki Pinjaman MARA

Seronoknya bukan kepalang bila baca surat ni. Perenggan pertama, isi kandungannya..

Mengikut rekod kami setakat 31/5/2016 dan bayaran terakhir pada 17/05/2016, pinjaman pelajaran tuan/puan telah selesai dan berbaki kosong.

Nampak tak?

Nampak tak?

Yes..

Baki dah kosong weh. Hilang satu komitmen dalam hidup aku.

Sebelum ni tertanya-tanya jugak, aku dah habis bayar.. bila MARA nak bagi surat kan. Takkan diam macam tu je.

Selepas sebulan, dapat surat.. fuuu.. rasa nak nangis. Terharu punya pasal. Hahaha.

Tak sangka aku dapat jugak gagahkan diri bayar habis pinjaman belajar dulu sedangkan beribu orang lain diluar sana sangat culas nak bayar hutang yang diorang sendiri pernah buat.

Selesai Baki Pinjaman MARA
Dalam account online pun segala detail, log pembayaran dan baki pun dah di-clearkan

p.s: Surat ni wajib simpan, in case pihak MARA tiba-tiba hilang rekod.. kang dia kata aku tak habis bayar lagi. Aku tak ada hutang MARA, MARA tak ada hutang aku. Huh.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. Sy jugak dah selesaikan hutang mara tapi aritu sebab kaunter mara tutup sy bayar dekat kaunter bank islam . Tapi mcm mana nak tahu yg hutang kita dengan mara dah setel sbb sy bukak website still sama lagi takde penolakan . Ke ad time period dia ? 😂

Leave a Reply to shuhada shahruddin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *