Merujuk kepada entri langsai hutang MARA tempoh hari, akhirnya semalam sampai jugak kat rumah surat yang ditunggu-tunggu.
Surat pengesahan selesai baki pinjaman daripada pihak MARA.
Seronoknya bukan kepalang bila baca surat ni. Perenggan pertama, isi kandungannya..
Mengikut rekod kami setakat 31/5/2016 dan bayaran terakhir pada 17/05/2016, pinjaman pelajaran tuan/puan telah selesai dan berbaki kosong.
Nampak tak?
Nampak tak?
Yes..
Baki dah kosong weh. Hilang satu komitmen dalam hidup aku.
Sebelum ni tertanya-tanya jugak, aku dah habis bayar.. bila MARA nak bagi surat kan. Takkan diam macam tu je.
Selepas sebulan, dapat surat.. fuuu.. rasa nak nangis. Terharu punya pasal. Hahaha.
Tak sangka aku dapat jugak gagahkan diri bayar habis pinjaman belajar dulu sedangkan beribu orang lain diluar sana sangat culas nak bayar hutang yang diorang sendiri pernah buat.

p.s: Surat ni wajib simpan, in case pihak MARA tiba-tiba hilang rekod.. kang dia kata aku tak habis bayar lagi. Aku tak ada hutang MARA, MARA tak ada hutang aku. Huh.
rekod simpan dalam blog.. pastikan renew domain hahahahaa
Haa.. tu pasal yang update blog ni. hahaha
yeahhh..aku pun sama. legaaa rasa. dlm portal dh clear, aku tunggu surat je skang ni..tahniah utk kita! haha
tahniah.. dah selesai satu hutang.. tentu rasa lega kan? lepas ni bolehlah tambah aset pula..
Sy jugak dah selesaikan hutang mara tapi aritu sebab kaunter mara tutup sy bayar dekat kaunter bank islam . Tapi mcm mana nak tahu yg hutang kita dengan mara dah setel sbb sy bukak website still sama lagi takde penolakan . Ke ad time period dia ? 😂
Mara lambat sikit update website. Simpan rekod pembayaran, kalau lama sangat cuba contact mara semula.
Maslah hutang sangat membingungkan ..saya dulu pernah punya hutang ..alhamdulillah skrang sdh lunas semuab…
assalammualaikum, saya nak tanya macam mana ye nak delete attachment file yg salah ? minta tunjuk ajar