Makin Seronok Guna iPhone 7

Few months after using iPhone 7, so far so good. Banyak benda yang aku impressed berkenaan dengan gadget keluaran Apple ni. Paling kagum, part battery life.

Mostly untuk iPhone 7, sepanjang tempoh bekerja dari pagi hingga ke petang.. aku charge sekali je. Itu pun dah full charge kat rumah siap-siap.

Compare dengan Android yang aku pernah aku guna sebelum ini, paling kurang 2 kali caj. Pagi sekali.. Kemudian, tengahari dah dapat warning bateri low. I admit, untuk penggunaan telefon pintar.. aku boleh dikategorikan heavy user.

That’s why pakej data plan aku pun dah 24GB, itu pun kadang-kadang tak cukup eventhough kat rumah ada unlimited WiFi daripada UniFi. Hohoho.

Second thing yang aku impressed bila guna iOS ni, bila chat kat WhatsApp group. Korang tengok 2 screenshot di bawah.

Those are total chats daripada 2 group WhatsApp yang aku aktif. Actually kalau guna Android, every week aku akan clear untuk ringankan phone. Tapi memandangkan dah guna iOS ni, performance operating system dia smooth gila.. sejak dari hari pertama guna iPhone 7 hinggalah semalam, this is the first time aku clear chat (untuk 2 group ni je, group lain masih belum clear).

Yes.. now I believe why people keep saying that iOS is all about optimization. Walaupun RAM tak setinggi sesetengah telefon pintar Android (RAM iPhone7 2GB je), tapi dia punya performance still top notch.

p.s: Kalau korang tanya aku best ke tak pakai iPhone 7? Jawapan aku.. Best weh. Dan lagi best bila dapat beli murah. Hahaha.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Cara Untuk Mengenal Pasti Anak-Anak Tidak Pandai Membaca

Diet Untuk Penghidap Diabetes (Kencing Manis)