in ,

Make 11.11 Fly, Kempen Yang Ditunggu-Tunggu November Ini


Bulan November adalah bulan kegemaran aku. Kenapa? Sebabnya aku dilahirkan dalam bulan November. November boy.

Selalunya orang yang lahir bulan November ni majoritinya memang awesome. Kalau jantina lelaki, dia adalah seorang yang kacak. Manakala jikalau dia seorang perempuan, dia adalah perempuan yang cantik. Bonus bagi mereka yang lahir pada bulan November ni, kebanyakan daripada mereka adalah jenis yang baik hati. Cewah (Masuk bakul angkat sendiri). He he he.

Sebab kedua pula kenapa aku sukakan bulan November adalah kerana didalam bulan November akan ada banyak aktiviti-aktiviti yang best.

Selain aku akan menerima hadiah-hadiah yang best untuk birthday aku, salah satunya lagi adalah kerana..

Pada 11hb November nanti akan berlangsungnya jualan murah bagi bermacam-macam jenis produk. Pendek kata, kalau korang online di laman sosial media.. korang akan tak putus-putus akan dapat melihat rakan-rakan yang berkongsi tentang info jualan murah. Tak kisah lah sama ada jualan murah secara offline, malah secara online pun turut berlambak-lambak. Dan yang lagi menarik.. Bukan setakat jualan murah di Malaysia, tapi secara worldwide. I mean.. Global okay!

Nampak tak? Betapa bersungguhnya mereka nak celebrate birthday aku eventhough diorang tak kenal pun siapa aku.. siap buat jualan murah sempena birthday jejaka kacak ini.

Well, nak buat macam mana. Aku tak paksa. Bulan korang dilahirkan ada diorang buat macam tu tak? Tak ada kan.

So? Yes, bulan November is special. Special month for special person. Keh keh keh.

Okay, bercerita tentang jualan murah pada 11hb November nanti yang lebih dikenali sebagai Globbing Shopping Festival, baru-baru ini aku diberitahu oleh satu sumber dalaman bahawa.. akan ada satu jenama besar yang akan turut memeriahkan suasana. Dimana jenama tersebut yang sememangnya dikenali sebagai sebuah laman tempahan hotel dan penerbangan, dipanggil Traveloka dimana mereka akan menawarkan diskaun istimewa kepada pelanggan dalam penawaran tempahan penerbangan – special campaign for flight.

Tapi tunggu. Sebelum itu.. Korang tahu dan pernah guna Traveloka tak?

What? Tak pernah? Tak tahu? Serius?

Adoyai.. Iklan Traveloka punya la banyak dalam tv. Even dekat Facebook pun merata iklan mereka. Bila ada orang kata tak tahu.. maksudnya memang oldskool betul orang tersebut sampai tak tahu apa itu Traveloka.

Actually, dah masuk zaman milenium ni sepatutnya laman Traveloka tu dah jadi teman baik korang sebab ia dapat berikan tawaran yang terbaik sekiranya korang nak travel ke mana-mana. Jimat berganda-ganda.

Sedikit pengenalan mengenai Traveloka

Ia merupakan sebuah laman tempahan online hotel dan penerbangan, yang menawarkan harga-harga istimewa dan lebih rendah berbanding kadar biasa. Terdapat dua cara penggunaannya, sama ada pengguna boleh membuat tempahan hotel dan penerbangan melalui laman web mereka, iaitu www.traveloka.com ataupun pengguna boleh memuat turun aplikasi telefon pintar mereka secara percuma di Google Play ataupun Apple App Store.

Okay, memetik semula cerita tentang special campaign Traveloka yang aku sebut tadi.. actually ramai dah dikalangan rakan-rakan aku yang teruja dengan info ni. Cuma nya, sekarang ni aku tak nak makan sorang.. Jadi, terhasilnya entri ini untuk berkongsi rezeki dengan korang pula.

Info “rahsia” ini yang difahamkan bahawa, bersempena dengan global sales 11hb November nanti, pihak Traveloka akan melancarkan satu kempen baru. Kempen tersebut yang dipanggil Make 11.11 Fly, merupakan kempen khas yang dibawa oleh Traveloka bagi membolehkan pengguna melancong kemana-mana sahaja dengan tawaran yang lebih menguntungkan.

Menguntungkan? Macam mana tu?

Murah? Itu dah semestinya. Super murah? Ahaa.. yang ni korang kena tunggu di hari pelancaran kempen itu nanti.

Mungkin korang boleh mendapatkan diskaun sebanyak 50%? Mungkin juga 60%? Diskaun 99%? Ataupun beli satu free satu? Who knows kan? So, Kalau korang nak tau macam mana tahap untungnya, please make sure korang kena checkout sendiri apabila kempen Traveloka Make 11.11 Fly dijalankan nanti ya!

Nak kongsi info lebih-lebih pun tak boleh juga, sebab info yang aku terima pun terhad. Katanya tak boleh exposed banyak-banyak, nanti hilang rasa keterujaan. Hahaha.

Aku dimaklumkan lagi, kempen Make 11.11 Fly ini akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut, dimana ia akan bermula sehari lebih awal daripada tarikh global sales iaitu dari 10hb November 2017 sehinggalah 12hb November 2017, dan kempen tersebut hanya sah untuk tempahan penerbangan minima 2 orang pergi dan balik.

So, korang plan nak bercuti kemana?

Krabi? Phuket? New Zealand? Tak pun Middle East?

Okay, sedikit cadangan berdasarkan pengalaman yang tak seberapa. In case kalau korang nak pergi ber-holiday di tempat yang tak berapa panas dan tak berapa sejuk, I suggest you all go to Gold Coast.

Tapi jangan silap, Gold Coast yang aku maksudkan bukanlah Gold Coast yang kat Morib tu, tapi Gold Coast, Australia.

For your info, Gold Coast merupakan sebuah destinasi percutian tepi pantai yang anginnya sejuk dan sepoi-sepoi bahasa. Persekitaran yang bersih, disamping korang dapat berjalan-jalan dan bermain di taman-taman tema seperti Dreamworld, Sea World, Warner Bros. Movie World dan WhiteWater World.

Dan tak kurang menarik juga, di Gold Coast korang boleh berkenalan dengan beruang koala, kambing biri-biri berbulu tebal dan kanggaroo di Currumbin Wildlife Sanctuary dan Australian Outback Spectacular.

Just to share kenangan lama.. Gold Coast, Australia was my first honeymoon destination back in 2010. Aku dan wife spent 4 hari bercuti di sini, dan frankly speaking.. memang kitorang jatuh hati dengan Gold Coast. Pergi sekali memang akan terasa nak pergi lagi. Rinduuuuu..

Jadi, that’s why kalau korang tanya aku destinasi percutian mana yang aku nak tempah masa Make 11.11 Fly dijalankan nanti, dah tentu aku akan pilih Gold Coast, Australia. All time favourite.

Nak book flight hari biasa mahal, rasa tak sanggup nak bayar. Ha ha ha.

By the way, in case ada yang tertanya-tanya special campaign Traveloka Make 11.11 Fly ini menawarkan destinasi percutian kat dalam Malaysia saja?

Well.. jawapannya adalah TIDAK. Of course termasuk luar negara. Kalau tak takkan at first place aku beria-ia promote Gold Coast Australia kan.

So, sekali lagi aku nak announce.. Dengan sukacitanya aku tekankan disini bahawa, untuk Special campaign Traveloka Make 11.11 Fly, pihak Traveloka berbesar hati menawarkan tawaran terbaik untuk ke mana-mana sahaja tempat yang korang ingin pergi. Dan, as long as korang buat tempahan dalam 3 hari kempen ini dijalankan, tawaran ini sah bagi tempahan penerbangan minima 2 orang pergi dan balik.

Haa.. pada korang yang baru berkahwin atau plan nak kahwin dan tengah usha tempat-tempat untuk honeymoon, maybe this time korang boleh serbu laman web Traveloka bilamana kempen Make 11.11 Fly ni dah ke udara. Tak kurang juga, jika korang yang nak bawa family untuk holiday, make sure download apps Traveloka siap-siap. 10hb November, semak dan book cepat-cepat tawaran-tawaran menarik yang ditawarkan. Kalau lambat, melepas.

p.s: Nak book pada hari lain, takut harga lebih mahal. Untung ada kempen macam ni, seorang dapat jimat puluh-puluh ringgit, kalau 4-5 orang, mungkin boleh jimat ratus-ratus ringgit. Banyak tuuuu.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

15 Comments

Leave a Reply
  1. wah, all time favourite pergi gold coast tu.. menarik rupe yer gold coast ni. hope ada rezeki lebih 11.11 nt, boleh booking flight dengan traveloka. Happy birthday juga utk November boy =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *