in

Makanan Tradisional Di Bazaar Ramadhan

Puding Diraja

Dah kalau namanya hari cuti, tak sah kalau tak menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan.

Dan kali ini bazaar Ramadhan agak jauh, gara-gara balik ke kampung sebelah isteri iaitu di Kuantan.

Kebanyakan menu yang disini lebih kurang sama dengan bazaar-bazaar ramadhan yang lain. Cuma yang paling best di bazaar ini apabila menu yang jarang ditemui iaitu:

Jala Emas
Jala Emas
Puding Diraja
Puding Diraja

Sedap tu.. Alang-alang jumpa sekali sekali, maka wajib beli. Ada sesiapa yang pandai buat?

p/s: Dulu masa arwah nenek saudara masih hidup, dia selalu buatkan jala emas. Rindu plak nak makan air tangan dia.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

42 Comments

Leave a Reply
  1. Tak pernah lagi makan Puding Di Raja ni… Nampak sedap… Kalau ada kesempatan pergi Pahang nanti boleh cuba ni….

  2. Pernah belajar dan bekerja dikuatan dulu, selalu nampak tapi tak pernah nak rasa, satu lagi pernah engok dalam rancangan Makan Angin cara buatnya nampak susah je, berbaloi kalau beli je hihihi.

    Jala emas tu dibuat dengan menggunakan kuning telur tak salah saya. pastu banyak lagi bahan2 sampingan.

  3. Saya dah pernah makan puding diraja tapi tak berapa suka rasanya..jala emas belum pernah cuba lagi..bazar ramadhan mana ni bro?

  4. Bro , This is UNIQUE !
    Ty first time tengok and tahu. Mana nak cari kan kalau hari biasa,bila bulan puasa ni macam2 yang rare kita leh dapat tengok kan.

  5. jalan emas dengan roti jala tak sama eh. asal kan ada bunyi ‘raja’ mesti datang dari pekan eh..
    murtabak raja pun dari situ kan?

  6. Makanan-makanan tradisional laa yang selalu aku cari bila ke bazar ramadhan. Memang susah nak cari makanan / kuih-kuih yang lama skang ni….tapi kalau jumpa memang tidak akan di lepaskn…

  7. Ahad lepas jenuh mencari puding raja di tanjung lumpur..malang skali x jumpa..kalau di kuantan selain bulan puasa ada jual x puding raja ni..kalau ada boleh x bgtau nama kedai dan kat area mane..
    Minggu lepas bercuti di cherating..mencari puding raja sekitar kemaman mmg xde..pastu g tanjung lumpur..dah jumpa kedai tp puding raja belum lagi dijual..hari rabu baru ada..

Leave a Reply to azwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *