Dah kalau namanya hari cuti, tak sah kalau tak menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan.
Dan kali ini bazaar Ramadhan agak jauh, gara-gara balik ke kampung sebelah isteri iaitu di Kuantan.
Kebanyakan menu yang disini lebih kurang sama dengan bazaar-bazaar ramadhan yang lain. Cuma yang paling best di bazaar ini apabila menu yang jarang ditemui iaitu:
Sedap tu.. Alang-alang jumpa sekali sekali, maka wajib beli. Ada sesiapa yang pandai buat?
p/s: Dulu masa arwah nenek saudara masih hidup, dia selalu buatkan jala emas. Rindu plak nak makan air tangan dia.
Tak pernah lagi makan Puding Di Raja ni… Nampak sedap… Kalau ada kesempatan pergi Pahang nanti boleh cuba ni….
sedap bro..kalau ada peluang, bro kena cuba
jala emas tu macam mana tuu?? camana nak makannya?
lebih kurang macam bihun.cuma macam kasar dan tak selicin bihun. makan macam tu je bro. manis.
gua macam pernah dengar tapi tak pernah makan kuih jal emas ini
kalau yang pandai buat, memang non stop nak makan.huhu
Pernah belajar dan bekerja dikuatan dulu, selalu nampak tapi tak pernah nak rasa, satu lagi pernah engok dalam rancangan Makan Angin cara buatnya nampak susah je, berbaloi kalau beli je hihihi.
Jala emas tu dibuat dengan menggunakan kuning telur tak salah saya. pastu banyak lagi bahan2 sampingan.
a’a..guna kuning telur itik..remeh ckit la nak buat. tapi yang lebihan telur putih yang tak guna tadi tu boleh guna pulak untuk kuih “tahi itik”. 🙂
Whoaaa… ini sumer makanan untuk keturunan dan kerabat diraja la nie kan….
entah la bro..macam tu la asalnya kot..hahaha
Jala emas tu sama ja kan dengan roti jala? ka lain?
eh..ain bro..roti jala makan dengan gulai..jala emas ni manis..makan macam tu je.
Jala emas tu sama macam roti surai kot. Puding Di Raja buatan kerabat agaknya? teringin gak nak try.
roti surai tu bukan roti keras ke bro..lain tu.huhu puding diraja kononnya kerabat je makan dulu..huhu
teringin juga nak makan makan begini..
Saya dah pernah makan puding diraja tapi tak berapa suka rasanya..jala emas belum pernah cuba lagi..bazar ramadhan mana ni bro?
jala emas lagi sedap bro. ni kat bazaar kuantan
Jala emas memang susah nak di cari….
Emm semua makanan di atas tu tak pernah makan pun..hahaha
kalau terjumpa kena cuba bro.hehe
jala emas??? wah. ni first time aku dengar ni bro..
Dah tau lepas ni boleh cuba bro.
da masuk 10terakhir ramadhan ne,sekali pun xpena p bazar.hehehe
Wah..x penah pegi bazaar lagi ek..bagus2
Bro , This is UNIQUE !
Ty first time tengok and tahu. Mana nak cari kan kalau hari biasa,bila bulan puasa ni macam2 yang rare kita leh dapat tengok kan.
kat pantai timur pun dah jarang2 ada..kalau ty jumpa kena cuba..sedap.
fyna tak pernah makan. sedap ye. ^_^
sedap..menjilat jari..hehe
jala emas tuh macam roti jala ke..?? cicah kari jugak..??
eh bukan bro..jala emas takde cicah kuah apa2..makan macam tu je
puding diraja tu nampak asing bagi sya..
sebelah pahang selalu ada bro
jalan emas dengan roti jala tak sama eh. asal kan ada bunyi ‘raja’ mesti datang dari pekan eh..
murtabak raja pun dari situ kan?
tak sama bro..cuma sama warna je..murtabak raja tak sure plak..tapi ada satu kedai kat pekan, pahang tu buat murtabak raja sedap. hehe
makanan tradisional yang unik.
RESPECT!
Jala emas penah rasa, yang puding diraja tu pernah…apa rasanya..
puding di raja tu manis2 jugak kak.
Makanan-makanan tradisional laa yang selalu aku cari bila ke bazar ramadhan. Memang susah nak cari makanan / kuih-kuih yang lama skang ni….tapi kalau jumpa memang tidak akan di lepaskn…
betul bro..orang sekarang dah tak tau nak buat kuih tradisional..kalau ada pun jarang sangat sedap
heeee…kalau diikutkan semua nak beli…kuih memang xpernah cukup..tapi bila berbuka?…x makan pun,..
Ahad lepas jenuh mencari puding raja di tanjung lumpur..malang skali x jumpa..kalau di kuantan selain bulan puasa ada jual x puding raja ni..kalau ada boleh x bgtau nama kedai dan kat area mane..
Minggu lepas bercuti di cherating..mencari puding raja sekitar kemaman mmg xde..pastu g tanjung lumpur..dah jumpa kedai tp puding raja belum lagi dijual..hari rabu baru ada..
aiseh..kalau bulan bukan ramadhan ni tak sure pulak nak cari yang sedap kat mana