in

Makan Makanan Arab Di Mr.Kabab & Biryani


Wife ajak makan, tapi tak ada idea kedai mana yang nak dituju.

Bila tanya nak makan mana, dia ada jawab nak makan di RSMY Bangi. Tetapi memandangkan ramai orang tengah beratur di restoran tu.. Jadi, plan cancel.

Pencarian diteruskan, sampailah ke Putrajaya.

Masuk je Precint Diplomatik, berdekatan dengan Mydin Precint 15, ada ternampak satu kedai arab.

Mr.Kabab & Biryani

Tanya wife, makan sini ok tak? Dia jawab okay.

Yes. Dah dapat jawapan.. Terus aku park kereta, dan berjalan menuju ke arah kedai arab.

Dari luar, kedai arab ni nampak memang luas. Keseluruhannya, ada 6 lot kedai yang digabung menjadi satu. Kalau pertama kali korang datang macam aku, mesti fikirkan bahawa kedai ini restoran mewah. Serius, tak tipu.

Masuk je ke dalam kedai, dari muka pintu dah ternampak playground untuk kanak-kanak..which is good. Sebab kalau orng yang ada anak yang tak reti duduk diam, port ni boleh dijadikan port diorang bermain.

Menjamu selera dengan makanan arab

Duduk di meja, buku menu dipinta. Satu per satu hidangan yang ditawarkan disini dilihat.

Dipendekkan cerita, aku order naan cheese biasa. Manakala, wife pula order double nan cheese. Menu tambahan, ayam tandoori dan juga lamb curry.

Khair?

Dia cukup dengan french fries sebab sebelum pergi kedai tadi, dia dah makan nasi kat rumah nenek dia.

Sambil-sambil menunggu menu tiba ke meja, satu perasaan yang menyeronokkan timbul dalam diri bila bertandang kesini. Kedai arab ni.. Best, nyaman dan sejuk. Mungkin sebab ruang dalamannya dipasangkan aircond, bersih dan juga teratur.. Membuatkan kami sangat selesa.

Tak sampai 10 minit kemudian, hidangan tiba.

Seperti yang dijangkakan, kedai arab.. Dah tentu portion-nya agak besar.

Roti naan besar.. French fries-nya yang berharga RM6 juga, kalau tengok balik dah serupa makan untuk 2 orang.

Pujian untuk kedai ini apabila roti naan yang dihidangkan.. Besar, tebal dan lembut. Dimakan bersama ayam tandoori (sedap, penuh dengan rasa rempah) dan juga lamb curry (ni pun sedap, lembut dan kuahnya pekat), memang kombinasi yang mantap.

Jemput tengok ye kawan-kawan..

Sampaikan isteri berkali-kali puji sambil suap roti naan ke mulut. Hehehe.

Harga pula tak mahal mana pun, keseluruhan menu yang kitorang order berserta segelas teh O, satu tin 100plus dan sebotol air mineral, cuma berharga RM48.50.

Overall experience, makan disini memang best. Selain selesa, sedap dan juga harga masuk akal.. Nak biar anak bermain pun tak ada masalah.

p.s: Ternampak dibuku menu, harga nasi arab dulang berharga RM80. Rasanya macam sesuai untuk makan 5 orang. Jadi, next time cadang nak bawa family pula makan ramai-ramai. Macam best je.. Macam nice je. Hehehe.

p.s.2: Kedai ni buka sampai jam 12 malam.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Nasi arab dalam talam ingatkan sikit. Sekali sampai mak ai, order 4 orang makan boleh untuk 6 orang. Tapi Cheese nannya nampak sedap gred A. Terus jadi lapar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *