in

Makan-Makan Di Rumah Mat Gebu


Kalau bercerita bab makan memang seronok. Lebih seronok lagi kalau makanan yang dihidangkan, sedap-sedap belaka.

Kelmarin.. on the way balik dari Legoland, kitorang semua (Kelab Blogger Ben Asaari) sempat singgah di teratak Che Mat Gebu. Pemilik blog TiffinBiru.com. Ala.. blogger masakan yang popular tu. Kalau tak kenal, sila terjah blog dia sekarang.

Actually, ini first time aku ke rumah dia di Sedenak. Sebelum ini sekadar kawan di dalam laman Facebook saja.

Kelab Blogger Ben Ashaari

Tak pernah jumpa malah tak pernah tengok juga gambarnya disebabkan empunya diri sangat perahsia. Album Facebook pun penuh dengan gambar makanan je. Insha Allah lepas ini kalau berselisih, mesti kenal. Hahaha.

Anyway, sesi makan-makan di rumah Che Mat memang meriah. Dah semacam makan di restoran yang kualiti masakannya high class. Siap pencuci mulut yang super awesome.

Fruit tart. Favourite aku.. Sedap woo!
Fruit tart. Favourite aku.. Sedap woo!

Ayam Masak Asam Pedas

Ayam Sayur

Udang Gulai Rebung

Kek castard

Ulam

Popia goreng

Terima kasih ye Che Mat sudi layan kitorang datang. Terharu kejap dapat makan yang sedap-sedap. Lain kali kalau kitorang ke Johor lagi, kitorang roger-roger ye. Hik hik hik.

p/s: Maaf, dalam entri ni tak ada gambar Che Mat. Dia halimunan. :p


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. Tak pernah tahu mana muka Mat Gebu yang sebenarnya… Selama ni baca blog sahaja, tapi identiti tuannya masih menjadi rahsia… Boleh tak bro share gambar Mat gebu.. Tentu ramai yang berminat nak tahu…

  2. Suka dengan hasil tangan Che Mat Gebu ni, tengok makanan pun dah menyelerakan, orang yang makan tu mesti kekenyangan kan

  3. Pergghh…. aku memang respek dengan gaya low profile che mat gebu ni… rasa nak belajar teknik food photography jer dengan dia – memang kagum siot kualiti gambar makanan dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *