Hari kedua terakhir sebelum Ramadhan berakhir, tinggal Hafiz dan isteri sahaja di Bangi. Ahli keluarga yang lain sudah selamat tiba di kampung halaman.
Alahai, bila dah tinggal berdua ni faham-faham je lah. Nak berbuka puasa di rumah memang dah tak berapa lalu nak makan dua orang. Alih-alih kedai juga yang dicari.
Kali ini restoran pilihan adalah Restoran Haslinda Sim Abdullah, yang menyediakan masakan cina muslim. Terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Lokasi yang lebih detail adalah shop lot yang berdekatan dengan PKNS Bangi. Senang je nak cari.
Ini merupakan kali pertama kami berdua datang ke restoran ini. First impression, restoran ini nampak simple. Tapi simple-simple pun, bila masuk je kat dalam..terpampang cenderahati Jalan-Jalan Cari Makan yang tergantung di tepi kaunter. Dalam hati..Okay, kalau ada benda tergantung tu mesti sedap.
Cerita banyak tak guna juga. So, menu berbuka puasa kitorang semalam adalah nasi putih bersertakan lauk-lauk dibawah.
Secara jujurnya, dalam banyak-banyak lauk yang dipesan. Salted Egg Squid merupakan menu yang terbaik. Sotong yang digoreng bersama telur masin. Rasa manis masin gitu. Tak cukup satu pinggan untuk dua orang makan. Siap kitorang berebut lagi sotong goreng yang terakhir.
Portugese Style Chicken pun sedap juga, gaya masakan ala-ala ayam percik. Rasa masam manis dan ada sedikit rasa cili Thai. Untuk lauk ini tak boleh makan banyak sekali gus, kena perlahan..sedikit demi sedikit..slow and steady. Sebabnya kalau makan banyak-banyak sekaligus, akan cepat terasa muak dek kepekatan kuahnya.
Secara kesuluruhannya, kitorang bagi 4 bintang daripada 5 untuk keenakan rasa masakan Restoran Haslinda Sim Abdullah ini. Dari segi harga pula..nak kata murah sangat tak, nak kata mahal pun tak. Average..sesedap rasa.
Jadi kesimpulannya, macam kitorang yang cerewet makan..lain kali boleh datang lagi. Mungkin untuk cuba menu Crispy Chicken dan Crab Meat Soup pula.
Restoran Haslinda Sim Abdullah
No.48, Jalan Medan 2C,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
03-89256889
fuhh..terasa nak makan gak la plak..
ko datang bangi, aku bawak ko pegi makan kat sana
nampak menarik je…
lezatnya ni makanan, bisa menggugah selera makan kita…
nice share dan salam Aidulfitri 🙂
Kira ok jugak harganya tu…tentu berbaloi dengan rasa lazatnya…selamat hari raya.
Boleh try nih
Fuh….meleleh ayaq liuq ambe tgk sotong ni…
Dulu selalu makan dekat restoran ni. Masa tu belum keluar dekat JJCM lagi dan nama restoran ni bukan haslinda sim abdullah. Dulu dikenali sebagai restoran NJ Zenith. Pernah but review. Hehe. Minggu lepas ada datang tapi salted egg squid tu dah kurang kick. tak macam dulu lagi sedap rasanya.
Ketam telur masin takde ke? Chinese biasanya pandai masak masakan ni.
Ketam telur masin takde..yang ada sotong telur masin tu je..tapi memang sedap. wajib makan tiap2 kali datang sini.