in

Makan Itik Salai Masthar di Sungai Ramal, Bangi. Sedap, Cuma..


Seawal jam 10 pagi lagi kedai makan itik salai Masthar di Sungai Ramal, Bangi dah bermula operasi. Tergerak hati nak singgah ke sana apabila Khair yang beria ajak makan sana. Dia bagitahu makan kat situ best, sebab dia dah pernah datang dengan neneknya beberapa minggu yang lalu.

Dek kerana perut dah kelaparan dan diri sendiri pun masih tak tahu nak makan apa walaupun dah beberapa kali tanya isteri pagi itu nak makan apa dan tak ada jawapan muktamad, maka kami sekeluarga mengiyakan saja apa yang Khair suggest.

Kedai itik salai Masthar sebelum ini memang dah pernah viral di laman sosial kerana menu-menu lauk salainya yang nampak menggiurkan. Dan sejujurnya kalau dilihat sendiri semasa proses menyalai, pelbagai jenis lauk yang disalai seperti ikan keli, ayam, daging, dan itik memang nampak memanggil-manggil untuk dimakan. Hahaha.

Oleh kerana ini merupakan kali pertama kunjungan kami untuk menjamu selera disini, hanya 2 menu yang dipesan sebagai pengenalan, iaitu daging salai masak lemak dan itik salai masak lemak.

First of all, suapan pertama untuk merasa kuah masak lemak itu sendiri memang tak dinafikan bagi aku sangat pedas. Akan tetapi walaupun pedas, masih lagi sedap. Kena dengan tekak aku. Suapan pertama membawa kepada suapan kedua, suapan kedua kepada ketiga, dan suapan ketiga diteruskan sehingga licin nasi di pinggan. Hahaha. Pendek kata walaupun pedas, ia tak membantutkan selera untuk terus makan sampai habis.

Cuma bagi isteri aku, dia sekadar berpendapat bahawa makanan disini hanya so-so sahaja – sebab dia kurang gemar menu-menu yang dimasak secara salai.

By the way, kalau korang nak merasa sendiri menu-menu salai terutamanya itik salai tu.. korang boleh search itik salai Masthar. Lokasinya adalah seperti didalam peta dibawah.

Harga bagi aku not bad. Untuk menu-menu yang aku makan; 3 pinggan nasi putih, 2 mangkuk daging salai masak lemak, 1 mangkuk itik salai masak lemak dan 3 biji telur masin.. kesemuanya adalah RM24 (tak termasuk air). Cara nak pesan menu pula, terus pergi ke kaunter untuk ambil lauk apa yang diinginkan, kemudian ke kaunter sebelah pula ambil nasi. Sebelum akhir sekali, korang bayar dan makan.

Makan di kedai itik salai Masthar ini walaupun namanya “restoran”, tapi sebenarnya ia lebih berkonsepkan food court. Tempat duduk open air, free seating dan air order kat kedai yang jual air.

Tapi, seriously.. walaupun buka jam 10 pagi, jam 9.30 macam tu pun dah ada orang tunggu di meja. Belum lagi yang menunggu untuk beratur untuk bungkus bawa balik. Hohoho

Nota: Disebabkan masak lemak dia sangat pedas, malam tu aku sakit perut. Almaklumlah, jarang-jarang makan pedas. Perut orang yang biasa makan pedas mungkin tak ada masalah kot. Aku tengok wife aku rilek je. Haihhh. Tak aci betul.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *