Yeay.. Buat kali kedua aku sekeluarga bertandang ke Legoland. Kali pertama dulu.. tahun lepas bersama rakan-rakan blogger.
Tetapi kunjungan kali ini agak lebih istimewa kerana percutian bukan semata-mata untuk makan angin, tetapi juga sebagai hadiah kepada sambutan ulang tahun kelahiran Khair yang ke-4.
Berbeza dengan tahun lepas dimana kami bermalam di hotel Legoland, tahun ini kami prefer untuk memilih hotel diluar kawasan Nusajaya.
Ini kerana.. bilamana wife request untuk bermalam di sekitar Johor Bahru, katanya nak menikmati keindahan malam bandar JB.
Well..
Aku sebagai suami yang mithali, turutkan saja. Hehehe.
Hotel yang dipilih adalah hotel Swiss-Inn Johor Bahru, yang mana jarak perjalanan ke Legoland hanya mengambil masa kira-kira 30 minit.
Percutian Ke Legoland Tidak Pernah Jemu
Walaupun pada tahun lepas aku pernah menjejakkan kaki ke sini, ternyata Legoland adalah sebuah tempat yang tak pernah menjemukan.
Langkah kanan kami apabila berkunjung ke sini minggu lalu, bilamana taman tema popular ini sedang melangsungkan bulan Star Wars Day dimana segala aktiviti yang dijalankan adalah berkisahkan siri filem popular itu.
Dapat dilihat karakter-karakter Storm Troopers yang berjalan mengiringi Darth Vaders, diikuti dengan Jedi-Jedi Master (Obi-Wan Kenobi, Luke Skywalker dll) dan turut juga kelihatan karakter baru kegemaran aku iaitu Rey yang sedang berjalan melalui orang ramai.
Fuhh.. Karakter dalam filem.. cun. Yang real pakai kostum Rey ni pun.. cun. Hohoho.
Selain perarakan itu, kami juga sempat ke Market Restaurant, dimana pameran My-Own-Creation (MOC) diadakan.
Pameran My-Own-Creation (MOC) yakni sebuah pertandingan yang mencungkil bakat builder-builder LEGO serata dunia, memerlukan setiap daripada peserta yang menyertai pertandingan untuk membina binaan LEGO masing-masing berdasarkan kreativiti sendiri. Maksudnya disini.. tiada buku manual ataupun tunjuk ajar daripada orang lain melainkan imaginasi diri sendiri.
Wahh.. kagumnya. Cantik kan? Tinggi imaginasi mereka. Kalau korang juga boleh buat seperti ini, mungkin tahun depan korang boleh turut serta.
Menjejaki Replika Millenium Falcon Terbesar Di Dunia
Selesai melihat keunikan LEGO-LEGO peserta MOC, kami kemudiannya ke Pizza Mania.
Dan disini.. Jeng.. jeng.. jeng.. Adalah tempat yang dinanti-nantikan.
Sepertimana yang telah aku ceritakan dalam entri yang terdahulu, bersebelahan dengan restoran Pizza Mania ini merupakan lokasi terbinanya replika Millenium Falcon terbesar di dunia.
Replika tersebut yang dibina oleh duo anak-beranak, Dan Steininger dan Chris Steininger difahamkan telah siap dibina sepenuhnya dalam tempoh 3 hari sahaja.
Besarkan? Selfie? Sudah tentu. Takkan aku nak lepaskan peluang keemasan ni. Tahun-tahun yang akan datang, belum tentu ada peluang nak jumpa lagi. Hehehe.
Menghabiskan Masa Bermain Di Legoland
Sesudahnya ber-selfie.. Aku, isteri dan juga Khair, meneruskan aktiviti menjelajah taman tema Legoland.
Dan..
Sudah tentunya, pelbagai tempat permainan LEGO yang kami singgahi.
Walaupun cuaca agak terik.. Ahh, itu masalah kecil je sebenarnya.
Didalam Legoland itu sendiri terdapat beberapa tempat permainan indoor yang boleh dijadikan tempat untuk “menyejukkan badan”, seperti LEGO Mindstorms, Lego Star Wars Miniland dan juga Built & Test.
Khair.. seronok seronok bukan kepalang lah dia. Kiri kanan depan belakang, kesemuanya LEGO.
Hinggakan dia sanggup menahan matanya daripada tidur tenghari. Hanya setelah tiba masanya untuk balik, baru dimintanya untuk dukung. Penat sangat katanya.. lalu terlena atas bahu daddy. Hahaha.. alahai anak. 🙂
p.s: Sempena dengan Star Wars Day yang berlangsung sepanjang bulan Mei 2016 ini, tiket masuk kanak-kanak adalah PERCUMA sekiranya mereka datang dengan memakai kostum lengkap Star Wars. Jadi sekiranya anda rasa tergerak hati nak bawa anak-anak datang ke Legoland, sila serbu Legoland cepat-cepat ya. Promosi bulan ni je.. bulan depan tak ada dah. Banyak boleh jimat tu. Hehehe.
seronoklah… dapat peluang pergi ke Legoland byk2 kali… apasal tak masuk water park sekali?
Pergi sehari je bro. Keesokannya tu Khair ada sports day kat sekolah. hehehe
best kan, masa perrakan tu rasa feel giler
Tak perasaan abampih kat sana. Ramai betulnyg dtg tgok star wars kawat ! Macam x puas pulak.
Kapan kapan pun saya ingin juga nak pergi ke legoland …