Major Servis Vios 160,000 km

5 tahun dah umurnya, mileage hampir mencecah 160,000 km. Petanda untuk aku buat major servis kali kedua. Memandangkan port biasa aku servis encik dugong (service center Balakong) dah penuh, maka major servis kali ni aku buat dekat service center Segambut.

Jam 10 pagi dah terpacak kat sana. Aku serahkan buku servis pada seorang kakak di kaunter, lalu tunggu di lobi menunggu.

Tik tok.. tik tok..  masa berlalu dengan pantas.

Tak sangka, 5 jam juga tempoh yang diambil untuk buat major servis. Nasib baik aku standby laptop siap-siap. Settle draft blog, buat kerja online sikit, tak ada lah rasa masa tu bergerak perlahan. Hohoho.

So, untuk major servis kali ini banyak barang yang ditukar ganti. Antaranya adalah minyak hitam, minyak ATF (Automatic Transmission Fluid), 4 biji plug, fuel pump, servis aircond dan bermacam-macam jenis komponen kecil.

Tak dilupakan juga, disebabkan beberapa bulan dulu Toyota ada buat recall untuk certain batch supaya membuat penukaran airbag (inflator modules), encik dugong aku juga tak terkecuali.

Rabak dashboard encik dugong dikerjakannya. Nampak mudah je diorang buat kerja. Tabik spring pada technician Toyota.

For info, inflator module airbag tu berada dibawah dashboard sebelah penumpang. Jadi, technician yang bertugas perlu dismantle dashboard kereta korang untuk membolehkan mereka tukar komponen tersebut.

Phewww..

Lega bila dah settle major servis. Cuma, lepas ni nak kena standby budget untuk bateri, brakepad dan tayar pulak. Ketiga-tiga benda ni kalau buat kat service centre mahal. So, better buat kat luar.

Baca juga:

Nota kaki: Total damage untuk major servis 160,000 km = RM1500+. Uhuk uhuk.. Terbatuk kejap. Nasib baik dah simpan budget awal-awal.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wow! Murahnya Barang-Barang Di Shopee

Nota Ramadhan