in ,

GT Dollar Kini Di Malaysia


Kebelakangan ini kerap juga aku ternampak status rakan-rakan di Facebook yang berkongsikan tentang GT Dollar. Sebelum ini, jujur aku katakan berkenaan dengan GT Dollar memang aku clueless habis sehinggakan ada satu masa aku anggap mereka ini seperti spammer di Facebook. Hahaha.

Tapi itu dulu, sebelum aku diperkenalkan kepada jenama ini. Bila dah tahu lebih lanjut tentang mereka, tanggapan aku berubah 180°.

Bagi korang yang masih tertanya-tanya tentang apakah itu GT Dollar?

Sebenarnya GT Dollar adalah sebuah jenama yang dibawa masuk ke Malaysia oleh GT Group yang berpangkalan di Singapura. Dilancarkan serta dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia beberapa hari lalu di Sime Darby Convention Centre, GT Group melancarkan servis mereka di dalam negara ini melalui applikasi e-wallet serta beberapa gadget berteknologi tinggi.

Applikasi e-wallet yang dimaksudkan adalah applikasi telefon pintar yang diberi nama GT Dollar. Yakni sebuah platform mudah alih e-dagang yang membolehkan pengguna dan penjual berinteraksi melakukan aktiviti jual beli tanpa tunai dengan lebih mudah dan teratur.

Disamping tiada yuran pendaftaran, langganan atau pengiklanan sekiranya pengguna memuat turun applikasi GT Dollar ini, ianya lebih kepada mewujudkan interaksi dua hala diantara pengguna dan peniaga.

Senang kata.. Pengguna, berpeluang untuk mendapat promosi dan diskaun kepada produk-produk yang ditawarkan didalam applikasi ini. Manakala peniaga pula dapat mengekalkan pelanggan melalui loyalty program pengagihan kredit maya (GTD).

Selain daripada applikasi e-wallet GT Dollar ini, terdapat juga pengenalan gadget-gadget yang ditawarkan oleh GT Group.

Diantaranya adalah:

  • GT Mobile iaitu koleksi pilihan telefon pintar berteknologi kini yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik.
  • GT Wonder Boy iaitu robot sosial berteknologi tinggi yang mampu berinteraksi dan berfungsi seperti manusia.
  • Dan juga, GT Watch iaitu koleksi jam tangan pintar mesra kanak-kanak yang mempunyai fungsi untuk memantau dan mengesan kedudukan seseorang melalui teknologi GPS, panggilan kecemasan, amaran pintar dan lain-lain lagi.

Justeru itu, dengan kehadiran GT Group ini ke dalam negara kita, aku rasakan ianya satu peluang yang baik untuk kita sama-sama meriahkan lagi industri IT tempatan. Pilihan yang lebih banyak, barulah best kan. Lebih-lebih lagi dengan adanya robot pintar.. rare beb!

Untuk maklumat lanjut mengenai GT Dollar, korang boleh layari laman web mereka di www.gtdollar.com, ataupun korang juga boleh layari www.gtmobile.sg dan www.gtrobots.com untuk maklumat lanjut mengenai gadget-gadget.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply to lokmanamirul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *