in

Majlis Aqiqah: Selesai Sudah


الحمد لله

Akhirnya niat untuk menunaikan ibadah Aqiqah dan cukur jambul anak kesayangan terlaksana juga. Kalau diikutkan plan yang sebenar, dulu memang dah bercadang untuk buat majlis aqiqah tu pada hari ke-7 kelahiran anak. Lebih afdal. Tapi disebabkan kekangan masa dan fulus, ianya terpaksa ditunda hinggalah ke minggu lepas.

Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t. Hukum menjalankan Ibadah Aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam.

Pada permulaan majlis, anak Hafiz ditidurkan didalam endoi yang bertemakan warna biru putih.

Disertakan bacaan marhaban dan berzanji.

Kemudian setelah selesai marhaban, ia diikuti pula dengan cukur jambul oleh pihak keluarga dan sahabat handai.

Dan akhir sekali jamuan makan yang dihidangkan seekor kambing biri-biri golek dan 1 bahagian daging lembu masak gulai.

Penat tu memang penat. Tapi bila dah tertunai satu lagi tanggungjawab, rasa lapang dada.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. cantek betul buaiannya..man punya tempah atau pakage?…mengalahkan pelamin orang kawen [lk..Tahniah..selesai kerja aqiqah..Alhamdulillah..

Leave a Reply to Syarih Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *