الحمد لله
Akhirnya niat untuk menunaikan ibadah Aqiqah dan cukur jambul anak kesayangan terlaksana juga. Kalau diikutkan plan yang sebenar, dulu memang dah bercadang untuk buat majlis aqiqah tu pada hari ke-7 kelahiran anak. Lebih afdal. Tapi disebabkan kekangan masa dan fulus, ianya terpaksa ditunda hinggalah ke minggu lepas.
Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t. Hukum menjalankan Ibadah Aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam.
Pada permulaan majlis, anak Hafiz ditidurkan didalam endoi yang bertemakan warna biru putih.
Disertakan bacaan marhaban dan berzanji.
Kemudian setelah selesai marhaban, ia diikuti pula dengan cukur jambul oleh pihak keluarga dan sahabat handai.
Dan akhir sekali jamuan makan yang dihidangkan seekor kambing biri-biri golek dan 1 bahagian daging lembu masak gulai.
Penat tu memang penat. Tapi bila dah tertunai satu lagi tanggungjawab, rasa lapang dada.
Alhamdulillah selesai satu tuntutan. sangat meriah majlis aqiqah ni, lengkap jamuan dgn kambing golek.
kambing golek tu sebab diri sendiri pun nak makan jugak bro..hahaha
tahniah la tu.. saya ni ntah bila agaknya..
kawin pun idak lagi
Inasya-Allah..nanti akan sampai masa tuan. 🙂
wahh.. serba biru.. sedap nampak kambing golek tu..
sedap bro..majlis sampai dari pukul 12 hingga 5..pukul 3 dah habis licin. 🙂
Alhamdulillah!
Kalau di kampung2 memang meriah majlis cukur jambul ni,.. di bandar agak kurang.
Alhamdulillah…selesai sudah semuanya.. 🙂
fuuuhhh… kawe minat kambing nih.. 🙂
tahniah dan syukur Alhamdulillah selesai satu ibadah yang amat di tuntut itu.
cantek betul buaiannya..man punya tempah atau pakage?…mengalahkan pelamin orang kawen [lk..Tahniah..selesai kerja aqiqah..Alhamdulillah..
buaian tu tempah asing..ambik dengan orang lain. Alhamdulillah. 🙂