Hebat, memang hebat betul penangan MAHA kali ni. Boleh dikatakan MAHA 2016 adalah ekspo MAHA yang paling crowded dan paling hebat diantara ekspo-ekspo MAHA yang telah dianjurkan pada tahun-tahun sudah.
MAHA, bagi korang yang tak tahu apa itu singkatan bagi MAHA?
Ia merupakan Malaysia Agriculture, Horticulture, & Agrotourism, iaitu sebuah ekspo pertanian terbesar di Malaysia yang diadakan sekali bagi setiap 2 tahun.
Aku.. Kalau diikutkan hati, sebenarnya rasa tak berapa nak kuat untuk meredah banjiran orang ramai yang berkunjung kesana. Tetapi, dek kerana tidak tertahan hati ini apabila saban hari terlihat dan terbaca status rakan-rakan di FB yang berkongsi cerita akan bagaimana seronoknya mereka ketika berjunjung ke MAHA 2016, maka dengan naluri ingin tahu yang cukup kuat, aku akhirnya nekad untuk menjejakkan kaki kesana juga.
Berkunjung ke MAHA di MAEPS Serdang
Seawal jam 7.00 pagi selepas menunaikan solat subuh, aku dan isteri bersiap-siap untuk ke tapak ekspo MAHA. Jarak perjalanan daripada rumah ke sana tidak lah jauh mana, tetapi memandangkan ramai kawan-kawan yang nasihat untuk kesana lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, jadi kami turutkan saja.
Tiba di tapak ekspo jam 7.25 pagi memasuki ruang parkir kereta yang terletak di pintu 2, sudah kelihatan deretan kereta yang ingin menuju ke tempat yang sama kami tujui.
Cuma untungnya bagi mereka yang datang awal seperti aku, apabila parkir kereta masih banyak dan dan rezeki kami apabila parkir kereta yang dibuka adalah betul-betul bersebelahan dengan tapak ekspo. Jadi, nak balik nanti tak perlu risau lagi kena berjalan jauh ketika hendak ke kereta. Hehehe.
Lebih kurang jam 9.00 pagi aku bergerak masuk ke dalam tapak expo MAHA 2016 (lama berborak dengan rakan-rakan blogger di depan pintu masuk ekspo sampai tak ingat waktu.. Hahaha), dan kunjungan kami menaiki bus-tram ke lokasi pertama adalah di Nafas Cube.
Ada apa dengan Nafas Cube @Mardi
Actually Nafas Cube ini merupakan sebuah lokasi penginapan santai dan kontemporari yang dibina berdasarkan konsep kontena, culvert (cube) dan juga khemah.
Ianya baru saja dilancarkan pada tahun 2016 dengan kapasiti maksimum adalah 56 orang.
Uniknya disini, apabila setiap reka bentuk kontena, culvert dan khemahnya memberi keselesaan yang optimum kepada pengguna.
Jangan pelik ya kalau aku katakan dalam khemah pun disediakan katil. Bangun tidur confirm tak sakit badan.
Tak dilupakan juga, bersebelahan dengan kontena, culvert dan khemah ini, disediakan juga sebuah cafe bagi mereka yang ingin mengisi perut. Makanan, not bad.
Menariknya ada air yang dijual disini didalam botol berbentuk mentol. Hipster weh.
Perjalanan seterusnya didalam ekspo MAHA ini adalah ke lokasi yang seterusnya iaitu ke Laman Perikanan.
Best ke Laman Perikanan?
Ahaa.. Mestilah best kan. Dah nama pun Laman Perikanan, maka kesemuanya yang korang bakal nampak disini adalah berkenaan dengan ikan.
Bermula dengan “touch pool” di #my DOF Tropicarium, dimana korang boleh mencuba sendiri untuk menyentuh dan memegang belangkas hidup serta timun-timun laut.
Melihat spesis-spesis ikan dan hidupan laut yang berada di laut dan juga sungai.
Nota: Ini adalah ikan empurau (spesis kelah) yang asalnya dari negeri Sarawak, dimana harga bagi sekilogram bagi ikan ini mencecah RM1800/kg dan ianya adalah diantara ikan sungai yang termahal di Malaysia.
Dan kemudiannya pula di Kingdom of Shark, korang berpeluang untuk melihat pameran ikan-ikan yu daripada pelbagai jenis spesis.
Jika korang merasa lapar dan ingin mencuba sesuatu kelainan, disini korang juga boleh mencuba satay tuna dan roti tuna floss. Uniknya kerana walaupun ia menggunakan tuna sebagai main ingredient, namun rasanya saling tak tumpah seperti korang makan ayam.
Sedap, baik untuk kesihatan (tanpa lemak) dan juga tinggi dengan kandungan Omega 3. Maka, tersangatlah rugi kalau sesiapa yang datang ke sini tapi tidak cuba merasainya sendiri.
Burrpp. Alhamdulillah. Selesai ikan, seterusnya aku ke Laman Padi pula.
Laman Padi, segalanya tentang padi
Disini, seperti namanya yang terpampang daripada jauh, Padi. Segalanya yang berada di lokasi ini adalah menceritakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan padi.
Bermula dengan pengunjung diperkenalkan dengan sawah padi yang terbentang luas dihadapan pintu masuk, kemudiannya pengunjung juga diperkenalkan dengan peralatan-peralatan tradisional serta moden dalam proses menukarkan padi kepada beras iaitu makanan ruji kita.
Di Laman Padi ini juga, pengunjung bukan sahaja dapat mempelajari tentang jenis-jenis beras yang ada dipasaran, malah pengunjung juga diajar bagaimana untuk membuat bedak sejuk menggunakan beras sebagai bahan asas.
Trivia:
Tahukah anda bahasa kerbau yang digunakan oleh pesawah kepada kerbau ketika membajak sawah?
- Haih bermaksud menyuruh kerbau berjalan
- Diam bermaksud mengarah kerbau berhenti
- Sok bermaksud mengarah kerbau kearah kiri
- Paling Sok bermaksud menyuruh kerbau pusing ke kiri
- Serot bermaksud mengarah kerbau undur ke belakang
- Paling Chah bermaksud menyuruh kerbau berpusing ke kanan
- Chah bermaksud mengarah kerbau ke kanan
Ke Laman Nanas pula
Sesudahnya kami mempelajari sedikit sebanyak tentang padi dan beras, maka lokasi seterusnya adalah ke laman nanas.
Laman nanas ini yang dibina sebagai pusat setempat pelbagai maklumat berkaitan Industri Nanas Negara, mengumpulkan pelbagai jenis info menarik untuk pengunjung. Secara jujurnya jika aku tak berkunjung ke sini, mungkin aku masih belum tahu akan serat daun pokok nanas juga boleh digunakan dalam pembuatan tekstil.
Ahaa.. disinilah juga sempat aku bertemu dengan rakan food blogger Hazman Fadzil yang sekarang ni sedang mengusahakan perniagaan beliau dalam menjual produk Jus Bob Nanas Manis MD2. Sedapp.
Fakta Nanas MD2:
- Tidak pedihkan lidah
- Mengandungi vitamin C yang tinggi
- Mengandungi vitamin B complex yang tinggi
- dan, mempunyai antioksidan yang tinggi
Armada Jentera, inovasi teknologi sektor penternakan dan perladangan
Selesai dengan pemanis mulut nanas MD2, aku seterusnya ke lokasi yang berikutnya iaitu Armada Jentera.
Disini, segah namanya.. dari jauh aku dapat melihat barisan jentera-jentera perladangan dan penternakan yang berteknologi tinggi dipamerkan kepada umum. Daripada sekecil-kecil drone sehinggalah sebesar-besar jentera pembajak sawah.
Jika sebelum ini kebanyakan daripada jentera ini aku hanya dapat melihat daripada kaca televisyen, kini ianya betul-betul didepan mata. Sangat mengujakan.
Pssst.. Dalam banyak-banyak teknologi yang dipamerkan, sempat juga aku memagang chainsaw pemotong kayu. Nampak macam abang sado tak? Kalau ada yang nak aku jadi model, boleh contact ye. Hahaha.
Laman Ternakan, Paling Best
Ahaa.. yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya sampai ke lokasi yang seterusnya iaitu laman ternakan.
Jika ada diantara korang tertanya-tanya apakah yang paling menarik disini? Let’s the photo speak for itself.
Lambu Sado! Sudah lah badannya sado berketul-ketul dengan otot bak seorang ahli bina badan, namanya juga Sado.
Umum tahu bahawa lembu sado merupakan tarikan utama kepada MAHA 2016. Ini boleh dilihat dengan setibanya korang ke Laman Ternakan ini, majoriti yang datang berkunjung mesti akan swafoto (selfie) dengan lembu sado ini. Kalah artis.
Fakta: Setiap lembu sado yang dewasa dan matang beratnya boleh mencecah 2 tan.
Selain daripada lembu sado ini, terdapat juga haiwan-haiwan ternakan lain seperti ayam, kambing dan lain-lain. Menariknya disini, ayam sebagai contohnya, bukan terhad kepada satu jenis ayam sahaja. Tetapi, korang juga berpeluang untuk melihat spesis ayam hibrid.
Laman Sayur, syurga segala sayur
Tak lengkap perjalanan korang untuk tawaf MAHA 2016, jika tidak berhenti di checkpoint yang seterusnya iaitu Laman Sayur.
Disini seperti namanya sendiri yang tak perlu diterangkan lagi mengumpulkan pelbagai jenis sayuran. Sayuran-sayuran yang ditanam disini termasuklah sayuran harian yang boleh dijumpai di pasar-pasar, dan juga sayur-sayur yang telah menjalani proses kacukan.
Sayuran yang paling menarik perhatian aku tak lain tak bukan adalah dua sayuran yang mempunyai nama yang catchy ini iaitu UFO dan Upin dan Ipin.
Ia diklasifikasikan sebagai sayuran didalam kategori labu dan keunikannya adalah terhadap warna dan rupa bentuknya. Satu berbentuk UFO, manakala satu lagi mempunyai dua tona warna. Comel kan?
Owh ya, hampir terlupa.. di Laman Sayur ini juga terdapat satu laman kecil dipanggil Ladang Mini Kelulut, dimana pengunjung berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan lebah dan madu kelulut.
Walaupun pada awalnya aku agak kurang berani dengan perkataan “lebah” kerana risau akan disengat, namun dengan penerangan dan pemantauan pegawai yang bertugas aku akhirnya dapat juga mencuba gagahkan diri untuk cuba menyedut madu kelulut ini terus daripada sarangnya.
Fresh from oven. Rasanya masam-masam manis. Hee.
Fakta: Madu kelulut mempunyai antioksidan yang tinggi dan mampu meningkat kadar metabolisme seseorang jika selalu mengamalkannya.
Melawat Kampung Durian Runtuh
Perjalanan mengelilingi MAHA 2016 diteruskan dimana lokasi yang berikutnya pasti menjadi lokasi kegemaran kanak-kanak.
Disambut dengan susunan bunga yang cantik berwarna-warni sambil dikelilingi dengan skulptur yang menarik, aku akhirnya tiba di lokasi yang dipanggil Kampung Durian Runtuh.
Kampung Durian Runtuh? Cuba korang teka, tempat apakah ini?
Betul, Upin dan Ipin.
Dengan tiket semurah RM25 bagi setiap orang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak, aku dan isteri dibekalkan dengan sebuah pasu kecil setiap seorang ketika masuk ke dalam kampung ini.
Tujuan kami pengunjung dibekalkan dengan pasu ini, tak lain tak bukan untuk memberi peluang kepada pengunjung, kanak-kanak terutamanya, untuk mempelajari bagaimana dan kepentingan bercucuk tanam. Tanah komposit disediakan, masukkan ke dalam pasu kemudiannya letak benih tanaman kedalam pasu masing-masing.
Psst.. Actually its kinda fun time for adults too. Lama gila kot tak main pasir macam ni. Orang-orang dewasa yang masuk dalam ni semuanya main mengalahkan anak-anak. Hahaha.
Disamping itu, live show Upin dan Ipin juga ada mengikut jadual yang ditetapkan. As usual, crowd memang penuh dengan kanak-kanak. Tak berganjak langsung dari tempat duduk. Hohoho.
MAHA Hall, Dewan ushawan MAHA 2016
Setelah penat sehari suntuk berjalan kaki mengelilingi MAHA 2016 dan juga naik turun bus-tram, akhirnya aku tiba ke lokasi yang terakhir. MAHA Hall, yang menghimpunkan ratusan usahawan tempatan menawarkan ribuan produk yang menarik.
Disini, pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk membeli produk-produk tempatan yang berkualiti tinggi, malah sekiranya bagi mereka yang sedang tercari-cari peluang perniagaan juga amatlah dialu-alukan untuk datang kesini bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk berkecimpung didalam perniagaan melalui bantuan perniagaan daripada Tekun Nasional.
Last but not least, dah penat pusing satu MAHA, perut pun perlulah diisi semula kan.
Walaupun sepanjang perjalanan tadi perut dipenuhi dengan makanan-makanan percuma, tempat makan yang betul-betul khas untuk makan sahaja wajib diterjah.
Food Empire a.k.a Empayar Makanan
Terdapat 169 pilihan makan serata negeri yang boleh dipilih disini dimana ia boleh dikatakan antara yang terbaik bagi setiap negeri.
Namun, 169 pilihan makanan bukan bermaksud korang perlu cuba kesemuanya sekali gus. Seperti aku dan isteri, cukup sekadar Nasi Beriyani Udang Galah serta Mee Udang Special.
Rakan-rakan blogger yang turut sekali serta ada mencuba makanan lain seperti Nasi Daging Bakar dan lain-lain. Jadi, peluang ini diambil dengan berkongsi dan mencuba setiap menu sikit sedikit seorang.
Pencuci mulut hari disudahi dengan durian D197 yang dibawa khas dari Tangkak. Mengikut harga semasa di MAHA 2016, harga bagi sekilogram durian D197 ini adalah RM55. Tetapi difahamkan sekiranya dibeli diluar, harganya boleh mencecah RM90+/kg. Hohoho.
Jadi, kesimpulannya datang ke MAHA ini worth every seconds you spend. Penat memang penat. Tapi serius best dan berbaloi. Kalau tak, takkan la secara keseluruhannya boleh cecah 3.7 juta pengunjung yang datang ke MAHA 2016 kan. Tak caya, tengok timelapse ni.
p.s: Keluar rumah, subuh. Balik rumah, malam. Hahaha
Ayah saya terlibat juga dalam MAHA nie (team Peladang Negeri Johor). Teman-teman FB pun ramai yang cakap seronok dan berbaloi ke MAHA kali nie. Kami je lah yang tak berkesempatan untuk ke sana. Mungkin next time, insyaAllah. 😀
Wahhhh…dapat makan duyen lagi..kita x dapat pun..huhuhu
cissss.. masa aku pi ada org sewa kat nafas cube tu.. x leh masuk pun ke dalam
Walaupun panjang terpaksa baca. BEST SANGAT. Gambar bergerak2…huhhh jelouss ooo.