in

MagicMockups – Tools Berguna Untuk Pembangun Laman Web Dan Applikasi


Kebiasaanya mockup merupakan salah satu elemen penting kepada pembangun laman web serta applikasi. Ini kerana ia memberi gambaran awal kepada pengguna diluar sana mengenai susun atur sesebuah laman web atau applikasi itu.

Kebiasaannya, mockup ini boleh dilakukan dengan mudah dengan applikasi-applikasi grafik seperti Adobe Photoshop, Gimp dan sebagainya. Tetapi sekiranya anda inginkan penghasilan mockup yang pantas, mungkin laman web MagicMockups ini dapat membantu anda.

Menggunakan MagicMockups ini, ia bukan sahaja telah menyediakan beberapa templat gambar pengolokan desktop, malah turut disediakan juga gambar-gambar pengolokan untuk  komputer riba dan telefon pintar.

hafiz-rahim_mockup-mobile

Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna hanyalah dengan memuat naik gambar paparan skrin (screenshot) ataupun masukkan URL laman web yang telah siap dibangunkan, kemudian gambar pengolokan akan dihasilkan.

Anda boleh memuat turun mockup tersebut didalam beberapa saiz berlainan iaitu 960 x 640, 1280 x 853, 1600 x 1067 ataupun 3 saiz besar yang lain iaitu 1920 x 1280, 3000 x 2000 dan 5000+.

Setiap gambar yang dihasilkan boleh digunakan secara percuma sama ada untuk kegunaan peribadi ataupun komersial (lesen CC0). Namun sumbangan derma turut dialu-alukan bagi mereka yang menghargai hasil kerja MagicMockups ini bagi membantu pemaju laman web ini terus menawarkan perkhidmatan percuma ini. >> MagicMockups.com


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Tunggu gua ada macbook or laptop yang dipowerkan, akan kembali jadi programmer tegar.

    Tapi…

    Nak internet berkelajuan tinggi juga,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *