in ,

Magic Fest Putrajaya Program Mencabar Minda


Magik? Silap mata? Wow.. teringat aku pada satu cerita, “Now You See Me”. Serius cerita ini sangat mencabar minda. Lebih-lebih lagi apabila sampai di adegan-adegan yang mempersembahkan trik yang super duper complicated, mesti aku akan tertanya-tanya bagaimanakah ahli silap mata tersebut melakukannya.

Dan siang tadi, aku berpeluang untuk mendekati dunia magik dengan lebih dekat. Kali ini bukan melalui tontonan di layar skrin ataupun televisyen, tetapi secara live di program “Magic Fest Putrajaya” yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) .

Magic Fest Putrajaya

Apa yang aku boleh katakan, aku kagum. Sebelum ini, aku sangkakan kesemua trik yang dipertunjukkan oleh ahli silap mata boleh dirungkaikan dengan mudah, tetapi aku silap. Terutamanya dengan trik yang dipersembahkan kepada aku oleh seorang ahli silap mata yang datangnya daripada Thailand, sangat-sangat mengelirukan fikiran.

Ahli silap mata Thailand
Ahli silap mata Thailand

5 keping duit syiling perak yang ditutupkan dengan sebuah cawan kecil diletakkan diatas telapak tangan aku, bertukar menjadi sekeping syiling gangsa setelah aku diminta untuk menggenggam cawan kecil tersebut.

Hohoho. Hebat. Serius hebat. Malah, sehingga saat ini aku masih lagi tertanya-tanya bagaimanakah beliau melakukannya.

Program Magic Fest @ Putrajaya

Program ini sebenarnya merupakan sebuah program yang bersempena dengan cuti sekolah. Ia adalah program yang pertama seumpanya dengan gabungan pertandingan ahli silap mata, bengkel dan juga pameran. Bertempat di PICC, ia berlangsung selama 4 hari iaitu daripada 12-15hb September 2014.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik terdapat disini termasuklah pertandingan ahli silap mata, bengkel mempelajari teknik-teknik silap mata, gerai menjual barangan silap mata dan juga acara kemuncaknya, Malam Gala. Iaitu sebuah acara dimana ahli-ahli silap mata ternama ataupun dikenali juga sebagai “International All Star” dijemput untuk membuat persembahan.

Magic demo
Pilih satu kad..
Magic Fest @ Putrajaya-Magician Thailand
Kad terbang

Magic Fest @ Putrajaya-booth

Magic tools
Antara barangan silap mata yang dijual

Barang Magic

Barang ahli silap mata

Peralatan magik

Aturcara program

Magic Fest Putrajaya-1st day

Magic Fest Putrajaya-2nd day

Magic Fest Putrajaya-3rd day

Untuk makluman, harga tiket bagi Magic Fest Putrajaya ini adalah hanya RM8 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Manakala untuk sesiapa yang berminat untuk menghadiri Malam Gala pula, bayaran sebanyak RM50 dikenakan untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Tiket-tiket boleh didapati melalui pembelian secara tunai ataupun kredit kad di kaunter tiket yang dibuka setiap hari (termasuk hari cuti umum & hujung minggu) dari jam 9 pagi hingga 8 malam, dan perlu diingatkan bahawa tiket yang dijual adalah terhad dan berkonsepkan “siapa cepat, dia dapat’.

Maklumat lanjut:

  • Web: www.magicfestputrajaya.com
  • Facebook: www.facebook.com/magicfestputrajaya

Nota:

Secara peribadinya aku rasa seronok berkunjung ke Magic Fest Putrajaya. Dapat lihat sendiri depan mata trik-trik yang belum pernah dilihat di kaca television dan dalam masa yang sama boleh turut serta dalam sesi demo yang dipersembahkan oleh ahli-ahli silap mata. Sampai satu masa, terasa seperti berada dalam dunia Harry Potter pula. Hahaha.

Magic Fest @ Putrajaya

p/s: Hari minggu, jika ada masa terluang.. bawalah anak-anak kesana. Mesti diorang suka. Best tau.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Pertandingan magik antara ahli silap mata.

    Wah menarik ni.

    Masing masing menunjukkan kemahiran dan kepantasan teknik tangan

    Memang ilusi yang menarik

Leave a Reply to Hasnul Mutawif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *