Magik? Silap mata? Wow.. teringat aku pada satu cerita, “Now You See Me”. Serius cerita ini sangat mencabar minda. Lebih-lebih lagi apabila sampai di adegan-adegan yang mempersembahkan trik yang super duper complicated, mesti aku akan tertanya-tanya bagaimanakah ahli silap mata tersebut melakukannya.
Dan siang tadi, aku berpeluang untuk mendekati dunia magik dengan lebih dekat. Kali ini bukan melalui tontonan di layar skrin ataupun televisyen, tetapi secara live di program “Magic Fest Putrajaya” yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) .
Apa yang aku boleh katakan, aku kagum. Sebelum ini, aku sangkakan kesemua trik yang dipertunjukkan oleh ahli silap mata boleh dirungkaikan dengan mudah, tetapi aku silap. Terutamanya dengan trik yang dipersembahkan kepada aku oleh seorang ahli silap mata yang datangnya daripada Thailand, sangat-sangat mengelirukan fikiran.

5 keping duit syiling perak yang ditutupkan dengan sebuah cawan kecil diletakkan diatas telapak tangan aku, bertukar menjadi sekeping syiling gangsa setelah aku diminta untuk menggenggam cawan kecil tersebut.
Hohoho. Hebat. Serius hebat. Malah, sehingga saat ini aku masih lagi tertanya-tanya bagaimanakah beliau melakukannya.
Program Magic Fest @ Putrajaya
Program ini sebenarnya merupakan sebuah program yang bersempena dengan cuti sekolah. Ia adalah program yang pertama seumpanya dengan gabungan pertandingan ahli silap mata, bengkel dan juga pameran. Bertempat di PICC, ia berlangsung selama 4 hari iaitu daripada 12-15hb September 2014.
Antara aktiviti-aktiviti yang menarik terdapat disini termasuklah pertandingan ahli silap mata, bengkel mempelajari teknik-teknik silap mata, gerai menjual barangan silap mata dan juga acara kemuncaknya, Malam Gala. Iaitu sebuah acara dimana ahli-ahli silap mata ternama ataupun dikenali juga sebagai “International All Star” dijemput untuk membuat persembahan.



Aturcara program
Untuk makluman, harga tiket bagi Magic Fest Putrajaya ini adalah hanya RM8 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Manakala untuk sesiapa yang berminat untuk menghadiri Malam Gala pula, bayaran sebanyak RM50 dikenakan untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Tiket-tiket boleh didapati melalui pembelian secara tunai ataupun kredit kad di kaunter tiket yang dibuka setiap hari (termasuk hari cuti umum & hujung minggu) dari jam 9 pagi hingga 8 malam, dan perlu diingatkan bahawa tiket yang dijual adalah terhad dan berkonsepkan “siapa cepat, dia dapat’.
Maklumat lanjut:
- Web: www.magicfestputrajaya.com
- Facebook: www.facebook.com/magicfestputrajaya
Nota:
Secara peribadinya aku rasa seronok berkunjung ke Magic Fest Putrajaya. Dapat lihat sendiri depan mata trik-trik yang belum pernah dilihat di kaca television dan dalam masa yang sama boleh turut serta dalam sesi demo yang dipersembahkan oleh ahli-ahli silap mata. Sampai satu masa, terasa seperti berada dalam dunia Harry Potter pula. Hahaha.
p/s: Hari minggu, jika ada masa terluang.. bawalah anak-anak kesana. Mesti diorang suka. Best tau.
thanks for the info ya. kalau tak singgah sini, memang xtau langsung kewujudan event nie. hehe
Best acara macam ni..jarang2 ada..kalau dekat saya akan ambik peluang pegi tengok..
Pertandingan magik antara ahli silap mata.
Wah menarik ni.
Masing masing menunjukkan kemahiran dan kepantasan teknik tangan
Memang ilusi yang menarik
Dulu masa kecik, gua teringin nak jadi ahli silap mata…
Pernah la beberapa trick menjadi…