in

Maggi Kari Ketam Bucida Court


Bucida Court
Bucida Court

Edisi makan-makan blogger kacak kali ini membawa Maggi Kari Ketam sebagai menu pilihan. Bertempat di Bucida Court Damansara, aku bersama 9 orang blogger lain berkumpul untuk melampiaskan nafsu makan ketam masing-masing.

Maggi Kari Ketam

Nampak menyelerakan tak? Hoho..Itu sudah semestinya. Tengok je lah sepitnya, besar wa cakap lu!! Dengan dua jenis pilihan ketam yang ditawarkan iaitu ketam bunga dan ketam nipah, aku lebih suka memilih ketam nipah sebagai korban kerana isinya yang lebih padat dan banyak.

Harga yang ditawarkan, sekitar RM30 semangkuk bergantung kepada saiz ketam.

Uniknya tentang maggi kari ketam ini adalah kerana curry paste yang digunakan adalah resipi asli pemiliknya sendiri. Terangkat beb, sedap hingga menjilat jari. Cukup masam, manis dan pedasnya.

food blogger maggi kari ketam

Tengoklah tu muka orang-sorang, senyum sampai ke telinga bila ditambah pula dengan menu-menu tambahan dari 8 stall berlainan. Terasa heaven seperti berada dalam buffet hotel. Makan ini..makan itu. Semuanya sedap. Puas hati beb.

So bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba sendiri menu maggi kari ketam ini, boleh rujuk peta dibawah atau layari laman facebook mereka seperti dibawah:

Click to enlarge
Click to enlarge

Tempat selesa, parking disediakan, skrin besar pun ada. Terbaik oo. Kiranya sesuai sangatlah Bucida Court ini dijadikan sebagai port alternatif selain kedai mamak untuk layan game bola secara langsung nanti. Thumbs up!

p/s: Time makan ketam semua jadi rakus, termasuk diri aku sendiri. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

24 Comments

Leave a Reply
  1. Haish…tadi dekat rumah maya namia ketam sini pun ketam…oh crab…Selamat sambut hari malaysia sambil makan meggi ketam bro 🙂

  2. memang le best..makan reramai, free plak tu kan? Cuba kena bayo?hehee..harganya pun leh tahan, kot ada senarai menu ngan harga sekali lagi best tu

Leave a Reply to KiD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *