At last, selepas dah bertahun simpan hajat, dapat juga beli laptop Macbook. Model yang mampu beli cuma Macbook Air 13″ 4GB Ram dengan processor 1.6GHz Dual-Core Intel i5.
Sebelum beli tempoh hari, berminggu jugalah aku buat survey online supaya pilihan yang dibuat nanti betul-betul berbaloi dengan kos yang dikeluarkan.
Well, benda nak pakai lama, of course kena kaji betul-betul. Lagipun bukannya tiap-tiap tahun nak tukar kan.
Pada mulanya pilihan aku adalah Macbook Pro Retina. Tetapi disebabkan baru-baru ini Amanz ada keluarkan info tentang ramai pengguna Macbook Pro Retina yang terkena #StainGate, terus tiba-tiba rasa cuak nak beli model ini. Takut masalah yang sama berlaku pada aku nanti.
Tak sanggup weh.. beli mahal-mahal lepas itu ada defect. Tak lena tidur oo nanti.
So, selepas dah guna beberapa hari ini.. First impression bila guna Macbook Air, serius kaku gila. Banyak features dan term-term yang tak pernah aku dengar kena guna. Ibarat pengguna yang baru kenal komputer lah kan, 2-3 jam pertama banyak aku refer pada “Help” saja.
Tapi alah bisa tegar biasa, video demo dalam Macbook Air ini banyak membantu. Fungsi yang paling menarik perhatian aku, multi-touch gesture. Guna satu jari, dua jari, tiga jari, empat jari.. macam-macam boleh buat.
Then ada backlight pada keyboard, malam-malam dah takde dah masalah typo semasa menaip. Hehehe. Bateri pun mantap. Since beli, belum sampai suku aku guna even dah on laptop untuk lebih daripada 4 jam (Compare dengan laptop Samsung aku, 2 jam lebih sure kena plug in charger balik). Nak tengok video kat Youtube, open tab dekat browser banyak-banyak pun takde lag. Super smooth.
Cuma, untuk pengguna yang baru seperti aku ini, masih banyak lagi nak kena explore. Nak tahu 100% fungsi-fungsi Macbook Air ini for sure kena take time sikit. Applikasi pun semuanya yang masih standard, takde install apa-apa lagi. Nak kena survey juga tu, takut tersalah install apa-apa yang tak perlu.
p/s: Fuuu.. Harap-harap dengan adanya Macbook Air dalam hidup aku, dapatlah sedikit sebanyak menyuntik semangat dalam diri aku dan membantu meningkatkan lagi produktiviti kerja-kerja online. April dah start GST, kena kerja kuat sikit untuk support family. Wooott.. woott.
Gadget yang menarik. Saya dahulu adalah pengguna macbook air, tapi selepas dicuri. terus diamkan diri. Cuma satu masalah yang saya alami adalah pemikiran windows terbawa-bawa kedalam macbook air.
telan air sahaja. Masih tak mampu dan guna Acer Aspire P3 yang menang contest Nufnnang mengantikan laptop Compaq yang dah uzur.
Takpe bro, pelan2 kayuh. 🙂
Salah stu wishlit sy gak tu….nak jugakkk
Welcome to the club hafiz
makin mantap kerja2 online bro pasni..
Harap2 nya gitulah bro. hehehe
bayangan aku cuma iMac 27 inci ataupun Macbook Pro je…ngah pikir antara dua tu mana satu nak cekau dulu..hurmm
iMac masih diluar kemampuan aku bro. kena tunggu duit tersepak baru boleh beli. Macbook Air pun sakit nak dapat. hahaha. Ko banyak shoot gambar, ambik Pro dulu je bro. Tapi tu la, kalau ambik yang retina kena hati2 sikit.
Sama la kita.
Saya baru je beli macbook pro gak.
Memang jakun betul la.
Tapi memang best la.
Smooth je.
Ada terpikir juga nak beli iMac sebab lagi best. Tetapi memandangkan mudah nak usung ke sana sini, tue ambik mac pro je.
5 jari jugak boleh.. Hehe… terbaek la bro, aku pun teringin nak pakai. Tapi nanti-nanti la, tak mampu lagi.
ceesssss.. mu dah langkah bendul ni.. bg la aku dulu yg beli..
semakin memantapkan kerja sebagai blogger tahniah
fuyooo..dah pakai macbook. nak beli pun pk dua kali ni.. haha
artikel bagus
enak untuk dibaca
dan juga Bermanfaat
tahniah bro..sekarang saya betul-betul kerja keras untuk hadapi..teringin pulak nak dapat jenama apple ini …saya target mini ipad air mana tahu ada peluang nak buat ceramah..senang sikit kerja
daha lama juga mengidam nie..belum mampu..ipong hadiah pun belum gi ambil
Saya pun tengah kumpul duit nak beli Macbook ni hehe
Dah lama kumpul duit, akhirnya tercapai juga hasrat di hati milikinya.
Hihihi
saya juga ambil sedikit masa nak biasakan diri dengan features pada Mac nie. selama nie guna windows, kan? tapi dah masuk tahun ke-3 nie memang rasa berbaloi sgt. lasak n ringan pulak tue. . 🙂
Hanya mampu telan air liur je dulu. Tapi serius la best tengok.
Singgah sini sebelum nak vote blog bro ni untuk MSMW.
Lepas nie bro mesti bertukar arah dengan lebih banyak dengan smartphone Apple pulak kan… iphone mesti jadi pilihan
Kapan saya bisa beli produk apple.hheheh
Produk apple memang best2..saya menang i phone 6 fuh freekan apa lagi bertambahle bestnya hihi..impian nak Macbook air / Macbook air or i mac..pas ni..