Love Candy Gula-Gula Cinta

Semua orang inginkan kulit yang cantik, flawless. Tetapi tak semua orang yang bernasib baik.

Ada orang yang jenis kulitnya kusam, ada orang kulitnya jenis berjeragat dan ada orang lain pula kulitnya berjerawat.

Aku?

Jujur aku katakan kulit berjerawat adalah musuh utama aku sejak dibangku sekolah lagi.

Di dahi, di pipi, di leher, di badan.. Ahh.. Pendek kata hampir keseluruhan badan ada jerawat.

Cuma, aku bernasib baik kerana ianya bukan daripada jenis jerawat batu. Kalau jerawat batu, habis aku. Hohoho.

Tetapi.. ini cerita dulu. Sekarang, jerawat dah makin berkurang. Ia hanya muncul sekali sekala tika bulan mengambang. Hehehe.

Cuma.. akibat daripada permasalahan jerawat ini, sehingga sekarang kulit muka aku masih terkesan dengan kesan parut jerawat.

Ya..

Aku akui, memang agak susah untuk hilangkan parut jerawat. Lebih-lebih lagi dengan perangai aku yang sedikit culas apabila disuruh menggunakan apa-apa produk-produk supplement yang boleh mengurangkan masalah jerawat.

Dua hari pertama, bersemangat lah. Kemudian, masuk hari yang seterusnya.. terus je simpan produk tersebut di tepi katil hinggalah tarikh tamat tempoh. Hangat-hangat tahi ayam. Hehehe.

Berkenalan Dengan Love Candy

Berbeza apabila aku mula diperkenalkan dengan produk Love Candy (Gula-Gula Cinta). Kalau dulunya agak malas-malas, sekarang dah lain.

Rajin sangat!

Sebabnya, produk Love Candy ini adalah seperti gula-gula. Bangun pagi, gosok gigi, ambil 2 biji terus kunyah-kunyah. Nyum.. nyum.. Sedap!

Love Candy

Lagipun rasanya saling tak tumpah seperti vitamin kanak-kanak. Sedap, aku suka. Kalau bagi pada Khair pun mesti dia suka.

Kesannya kepada aku?

Nah.. sila baca testimoni ini. Apa yang mereka alami, turut dirasai oleh aku.

Testimoni

Perbezaannya terasa setelah aku mengamalkan produk Love Candy ini. Jika dulunya, kulit aku rasa kusam. Sekarang, rasa segar dan tak dilupakan juga, kesan parut jerawat juga makin lama makin berkurang.

Hafiz Rahim_Blogger_Kacak

Hohoho.. Akhirnya, terjumpa juga aku dengan produk yang sesuai dengan diri aku. Kunyah-kunyah, telan. Yeah!

Nota: Jangan takut, jangan was-was. Produk Love Candy adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dimana nombor pendaftarannya ialah 180216/02/053 dan diakui selamat bagi kanak-kanak seawal umur 2 tahun.

Jadi, sekiranya ada diantara korang yang berminat untuk mendapatkan produk ini, sila layari laman sosial mereka, iaitu:

Nak call atau SMS pun boleh, hubungi mereka di talian 012-2140353.

p.s: Even Cik Ta pun makan Love Candy ye. Patutlah cantik kan. Hik hik hik.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 11 Comments

    Leave a Reply
    1. Assalamualikum Hafizrahim,
      Salam perkenalan dari saya di indonesia, senang bisa bertemu dengan blog ini untuk berbagi dan bercerita bersama. Love Candy, produk itu belum sampai di indonesia kayaknya yah,,, saya belum pernah ketemu dengan produk itu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Umur 4 Tahun Hafal Rukun Negara

    LEGO NEXO Knights Bukan Sekadar LEGO Biasa