Salah satu usaha dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah dengan menggunakan tenaga lestari (sustainable energy), contoh seperti tenaga solar, biogas, biomass dan hidro kecil – tenaga boleh baharu.
China antara salah satu negara yang berusaha untuk meluaskan penggunaannya di negara mereka, ini kerana buat masa sekarang mereka adalah salah satu daripada negara yang paling tinggi kadar pencemarannya didunia.
Terbaru di China, sebuah loji janakuasa dibina oleh Panda Green Energy yang terletak di Shanxi. Uniknya bangunan ini kerana dari pandangan udara, loji janakuasa ini kelihatan seekor panda gergasi.
Sesuai dengan maskot negara mereka, “lukisan panda” ini sengaja dipilih kerana ingin menarik minat rakyat mereka dan juga orang ramai supaya turut menggunakan tenaga lestari.
Projek ini yang merupakan fasa pertama loji janakuasa solar, dikatakan mampu menjana kuasa sebanyak 3.2 billion kWh tenaga menjelang 2025, dan ianya dihasil menggunakan panel solar silikon monokristal berwarna putih dan juga hitam.
Trivia: Tahu tak korang, sebenarnya di atas bumbung KLCC ada sistem solar panel dengan seni bina Islam? Baca Solar PV Petronas bercorakkan songket tradisional.
Memang naik lah suhu kawasan sekitar stesen janakuasa ni
Sebab ada penggunaan skrin solar yang banyak
Kalau tengok pakai google map boleh nampak panda gergasi ni
alah comelnya panda tu.. menarik teknologi yang diorang jalankan.