in ,

LG Fiesta – Blogger Event


Beberapa hari yang lalu Hafiz telah dijemput untuk menghadirkan diri ke sebuah event LG yang bertemakan LG Fiesta. Event tersebut yang bertempat di Piazza, The Curve Damansara menyaksikan kehadiran blogger-blogger ternama diantaranya Broframestone, Boni Kacak, Isaac TanBen Ashaari, Akubiomed, Yana Yassin, Ruby, Ariff Shah, Anarm, Melastik Bintang, Syukri Tahir dan ramai lagi.

LG Fiesta

kredit foto: Akubiomed

Sepanjang tempoh event dijalankan, kami diberikan penerangan dan demonstrasi mengenai produk-produk futuristik keluaran LG termasuklah konsep produk terbaru mereka iaitu gabungan mantap LED TV LA8600 (Top range TV) dan Sistem Bunyian Home Theatre BH9530 (HTS).

LG Fiesta Roadshow TV Launch

kredit foto: isaactan.net

Secara jujurnya, gabungan mantap dua produk yang dipertontonkan oleh pihak LG itu sememangnya mampu memukau mata sesiapa sahaja. Ini kerana ciri-cirinya yang smart, advance dan high tech serta jaminan high end quality merupakan pilihan dan idaman bagi setiap pengguna.

LG 3D glasses

kredit foto: Akubiomed

Tidak dilupakan juga kaca mata 3D mesra pengguna (tidak memerlukan bateri dan ringan) yang dapat memberikan kepuasan maksima dalam menikmati kualiti gambar 3D yang lebih realistik.

Oh! tidak dapat dibayangkan sekiranya Hafiz dapat menjadikan kedua-dua produk ini sebagai aset peribadi. Sudah pastinya jika ada masa-masa terluang, ia akan digunakan sepenuhnya untuk sesi bermain game dan juga online surfing. Barulah dapat feel to the max.

Disamping sesi suai kenal kami terhadap produk-produk LG, turut diadakan juga aktiviti salingan kepada rakan-rakan blogger dimana saat yang paling tidak dilupakan apabila blogger macho Ariff Shah, blogger sasa Ben Ashaari serta blogger pregnant Pinky Momma terpaksa rela melakukan tarian Oppa Gangnam Style.

Ariff Shah menari

kredit foto: Akubiomed

Ben Ashaari menari

kredit foto: Akubiomed

Memang lucu lagi melawakkan bilamana masing-masing cuba menggerakkan badan yang agak kaku mengikut gerak muzik pantas dan bertenaga.

Oh ya, sebelum terlupa. Terima kasih diucapkan kepada pihak LG dan juga Advertlets diatas jemputan yang diberikan. In the near future if you have any upcoming event, please invite us again ya. Thanks. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. bila nampak nama ariff shah, dia ada gak ek?
    yang pakai baju hijau tuh ke? hahahaha..
    comel korang menari…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *