Lepak Santai Di Old Malaya Kopitiam Bangi

Old Malaya Kopitiam, port makan-makan kegemaran aku yang terbaru. Actually dah beberapa kali aku menjamu selera disini. Dengan kawan dah, dengan family pun dah.

Old Malaya Kopitiam Bangi

Makanannya semua sedap-sedap belaka.

Bukan aku sorang saja yang kata sedap, malah food blogger Explorasa pun turut mengakuinya bila mana dia datang menjamu selera mee asam pedas tempoh hari.

Old Malaya Kopitiam terletak di Bangi Gateway, lokasinya seperti yang telah diberitahu dalam beberapa artikel food review yang lepas, ianya tidak sampai 1km dari rumah aku dan ianya betul-betul berdekatan dengan exit tol Plus Bangi.

Okay. So, straight to the point.. untuk kali ini apa yang aku ingin kongsikan bersama korang semua hidangan OMK Deluxe Platter, Chicken Cordon Blue dan Nasi Goreng Kambing.

OMK Deluxe platter - old malaya kopitiam bangi
OMK Deluxe Platter – RM16.90
Chicken cordon blue - old malaya kopitiam bangi
Chicken cordon blue – RM16.90
nasi goreng kambing old malaya kopitiam
Nasi goreng kambing – RM15.90

Hidangan ini adalah hidangan yang dimakan oleh aku bersama isteri dan adik aku ketika kami pulang dari kerja beberapa hari lepas.

Sejujurnya apa yang boleh aku katakan, setiap masakan yang dihidangkan di sini tidak lokek dengan rempah ratus dan bahan masakan. Portion besar.

hafiz rahim

food blog-model cantik

ryna rahim

Pendek kata, kalau sesiapa yang suka makan banyak memang disarankan datang makan kat sini. Berbaloi-baloi. Harga pun tak berapa mahal.

Menu klasik Old malaya bangi kopitiam
Klasik.. Teringat buku tulis sekolah.

menu nasi old malaya kopitiam bangi

menu western old malaya kopitiam

So, apa lagi. Kalau korang nak cuba masakan di Old Malaya Kopitiam ni.. bileh datang ke Bangi Gateway. Sini ada banyak kedai makan tau. Aku nak review satu-satu pun ambil masa. Hahaha.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 8 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Transformers 4 Best Ke?

    Tempat Jual Durian Terbaik Di Kajang