in ,

Legoland Water Park Tak Best Ke?


Legoland Water Park, dengar je pun memang dah excited. Belum tengok orang main memang lagi, memang seronok habis.

Masa aku jejak kaki ke Legoland tempoh hari, niat dihati memang nak pergi mandi manda kat sana. Even baju mandi Khair pun dah bawa siap-siap.

Legoland Water Park

Tapi..

Malangnya.. walaupun tempat itu super duper awesome, Khair tak nak mandi langsung.

Legoland Water Park - DUPLO® Splash Safari - Hafiz Rahim
Seboleh-bolehnya dia nak lompat keluar dari kolam

Aku je yang dok beria ajak dia. Dia? Pergi main LEGO kat tepi Imagination Station.

Bila aku dukung dia bawak masuk air, terus jerit bagai nak rak. Hadoi.. musnah harapan aku nak berkuak lentang. Hahaha.

Build-A-Raft River - Legoland Water Park
Daddy tangkap adik!

By the way, kalau korang dah jejak kaki ke Legoland.. Jangan terikut-ikut perangai Khair ni ye. Mandi je kat Water Park tu sampai kecut jari. Seronok kot!

Paling aku cemburu, tengok video Ujang dengan Daus main gelongsor Splash ‘N’ Swirl. Siap rekod guna GoPro lagi.

Cess.. nak kena repeat nampak gayanya ni. Cuma kena train Khair mandi kolam dulu. Bagi dia excited sikit kalau nampak kolam renang.

Info tambahan:

  • Harga tiket bagi Legoland Water Park terbahagi kepada beberapa kadar bayaran:
    1. Walk in – Dewasa RM115 dan Kanak-kanak/Warga Emas RM95
    2. Bagi pemegang MYKAD – Dewasa RM95 dan Kanak-kanak/Warga Emas RM75
    3. Pembelian secara advance (7 hari sebelum) – Dewasa RM92 dan Kanak-kanak/Warga Emas RM76
  • Bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah, bayaran RM10 akan dikenakan.
  • Makanan yang dibeli dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk, kecuali makanan yang dibeli didalam kawasan Theme Park sahaja.
  • Pengunjung dibenarkan untuk membawa stroller bagi kemudahan anak-anak.
  • Locker disediakan didalam kawasan Water Park dengan caj bayaran per-day rate (kadar harian, BUKAN mengikut kiraan jam)

p/s: Pukul 6 Water Park tutup. Nanti akan ada orang tiup wisel. Preeeeep! Preeeeeeep! Masa dah tamat.

Sponsor Ads – Promosi hotel Legoland dengan harga yang berpatutan, rujuk Agoda.com untuk butiran lanjut.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. kalauu bab main air ni memang boleh serah pada anak-anak mak jemah..rasa kalau ke tempat ni mau kecut badan tak nak balik heheh

  2. Anak-anak saya cukup suka, bila berada dekatLegoland Water Park ni… Bila dah sampai rumah, nak pergi lagi esoknya… Diaorang ingat Legoland ada dekat sebelah rumah jerke?.. hehehe 😉

  3. nie kes takut air ler anak.
    Sama macam anak saya.
    Hadoii.
    beli tiket mahal-mahal dah. sekali taknak mandi.
    letih nak memujuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *