Legoland, Kami Datang Lagi

Pertama kali guna annual pass Legoland. So far so good. Every time nak beli makanan, mesti ada diskaun. Walaupun tak banyak, tapi at least ada jugak daripada tak ada.

Yang paling best bila dah ada annual pass ni bilamana kitorang dah boleh keluar masuk theme park Legoland ni macam kitorang yang punya.

Dan menariknya juga bila dah ada akses macam ni, kitorang disertakan dengan kad id yang dicetak dengan gambar muka sendiri.

Nak poyo lebih skit, beli landyard pakai kat leher. Cuma kena pakai baju yang bersesuaian la bila dah gantung kad id kat leher ni, nanti orang fikir korang staff Legoland.

Tak sia-sia ramai foreigner jadikan korang tempat bertanya. Hahaha.

By the way, seperti yang aku pernah bagitahu bahawa kunjungan ke Legoland kali ni adalah kunjungan kitorang buat kali yang ke-3.

Kunjungan kali pertama datang ke Legoland dulu bersama dengan team KBBA9 (siap tidur di bilik bertema Lego di Legoland Resort), kunjungan ke Legoland buat kali kedua pula ketika ada event Star Wars (siap ada Star Wars parade).. dan kini kitorang kembali bersama budak montel, Haziq!

Star Wars Day kembali.. Yeay!

Seriously, sepanjang berada di Legoland, budak montel ni sangat behave.

Even masa menonton show live Ninjago pun dia fokus sampai habis. Heee.

Well.. cuma hari pertama di Legoland of course tak semua tempat sempat main. Tambah pulak hujan lebat dalam setengah jam waktu tengahari.. masa tu bersyukur sangat bila hujan, sebab lepas tu dah tak panas macam sebelumnya. Huhuhu

So, next day..

Masa untuk sambung main tempat-tempat yang belum sempat singgah semalam. Dah kata ada annual pass. Nak main pun dah terkejar-kejar kan. Heee.

p.s: Paling tak jangka Khair tak ada rasa takut bila main roller coaster. Daddy pulak rasa cuak. Hahaha.


1 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini