Fuh.. memang tak sah kalau tiap-tiap tahun LEGO tak keluarkan set terbaru mereka. Yang terkini, set edisi LEGO NEXO Knights dimana pada hari sabtu yang lalu, aku telah berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis pelancaran mereka yang berlangsung di Midvalley Megamall.
Seperti yang telah kita sedia maklum, permainan LEGO ini dikenali dengan permainan bricks yang perlu dipasang dan dicantum-cantum yang mana pada akhirnya ia akan menjadi satu model yang lengkap.
Tetapi, berbeza dengan edisi-edisi yang sebelumnya, set edisi LEGO NEXO Knights yang baru ini didatangkan dengan pendekatan yang berbeza, malah boleh dikatakan lebih maju setapak ke hadapan apabila ianya bukan sahaja membolehkan anda memasang dan mengumpul LEGO dengan cara yang “klasik” tetapi ianya juga diwujudkan sebuah permainan online khusus kepada edisi ini.
Permainan yang dimaksudkan ialah Merlok 2.0, iaitu sebuah applikasi permainan telefon pintar yang boleh dimuat turun dan dimainkan melalui sistem operasi iOS ataupun Android.
Contohnya, seperti shield yang aku dapat baru-baru ini.

Nota: Shield boleh didapati dengan pembelian set-set LEGO NEXO Knights dimana pilihan shield yang ditawarkan bergantung kepada model-model LEGO yang dibeli. Shield juga boleh di-unlock secara percuma melalui laman web (rujuk gambar dibawah), dimana aku difahamkan secara keseluruhannya terdapat lebih daripada 170 jenis shield pelbagai kuasa yang boleh anda kumpul bagi menguatkan lagi kesatria-kesatria anda.

Selain itu, anda juga mempunyai tawaran terhad apabila anda sekali lagi boleh mendapatkan shield secara percuma dengan berkunjung ke pameran LEGO NEXO Knights yang sekarang ini sedang berlangsung di Midvalley Megamall (bermula daripada 8hb March 2016 sehingga 20hb March 2016), dengan melakukan imbasan logo-logo shield yang terletak disekeliling ruang pameran ataupun yang terdapat di set-set LEGO yang dibina.
Dan, satu lagi berita yang menarik jika anda berkunjung ke pameran ini, ia bukanlah sekadar pameran jualan set LEGO semata-mata. Malah, turut disediakan adalah Akademi NEXO Knights yang dibina khas buat penggemar-penggemar cilik LEGO seluruh negara.

Antara aktiviti yang boleh anak-anak anda lakukan di akademi tersebut, termasuklah didedahkan dengan penggunaan VR Glass iaitu Virtual Reality, dimana melalui aktiviti ini ianya mampu memberi anak-anak anda merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada kesatria NEXO.

Kemudian, meningkatkan kemahiran dan kreativiti anak-anak di Training Zone, apabila mereka didedahkan dengan applikasi permainan online Merlok 2.0 (seperti yang telah diceritakan tadi).

Dan tidak dilupakan juga, permainan-permainan interaktif yang boleh dicuba di bahagian Power Zone.

Hohoho. Honestly, Khair nampak betul-betul suka apabila kami berkunjung ke sini. Pameran sebegini sememangnya menyeronokkan. Bukan saja untuk anak-anak, bahkan untuk ibu bapa juga (at least dapat spent quality time dengan anak).

Nota: Ehem-ehem.. Balik rumah dah tentulah tak balik dengan tangan kosong. Seharian bermain dengan LEGO, paling kurang pun mesti bawak balik set kecil.
Tapi bagi aku, itu tak menjadi masalah. As long as benda yang dibawa balik dapat berikan “knowledge” untuk Khair, aku tak berkira sangat. LEGO, bagi aku selain ianya mampu merangsang otak anak supaya lebih kreatif, ianya juga mengajar anak-anak supaya alert tentang bricks yang perlu dipasang dengan betul.
Semalam, berjam-jam juga aku spent masa bersama dia di rumah. Semata-mata untuk melihat secekap mana tahap pemikiran dia dalam proses menyelesaikan masalah.

Overall, not bad. Dengan sedikit tunjuk ajar, dia mampu siapkan model Clay dan juga Beast Master’s Chaos Chariot. Yeay!
Good job son. Daddy bangga walaupun terpaksa tahan sakit pinggang sebab duduk lama-lama. Hahaha.
So, anda yang ada anak-anak kecil.. Aku suggest supaya anda bersama anak-anak anda pergi ke Midvalley Megamall untuk merasai keseronokan yang telah kitorang lalui. Seronok bila dapat tengok anak-anak happy. Penat sikit, keluar duit sikit.. tak ada hal lah. Bukan untuk orang lain pun. Untuk anak sendiri. Hee.
wah menariknya, kita suka lego
Nampaknya lego juga alami inovasi, hebat. 🙂
Tarikh event pula time cuti sekolah, boleh la anak-anak ajak mak ayah pergi. hehe..
Lego…. mainan yang baik utk imaginasi anak.
lego ni, kita yang dah tua ni pun terasa nak main jugak.
Bagus LEGO ni sebab dia mengasah minda kanak-kanak