Balik rumah, buka pintu pelan-pelan.. Saja nak bagi suprise pada Khair. Kelihatan dia sedang khusyuk dengan handphone dan Youtube-nya.
Aku bagi salam, dia toleh dan senyum.. lalu berkata.
Yeay, daddy balikkkk.
Lantas diletaknya handphone, lalu berlari-lari anak ke arah aku sambil mata meliar ke arah tangan apabila terpandang sesuatu yang agak besar tersorok dibelakang badan aku.
Aku suakan padanya, dan dia pun berkata lagi.
Yeay.. Yeay.. LEGO. Yeyeay!
Sambil muka menguntum senyuman hingga ketelinga. Muka super excited, seakan-akan tidak sabar untuk membuka kotak.
Bukan main seronok lagi dia apabila menyambut pemberian aku berupa beberapa set LEGO® City Adventures. Ibu yang duduk memerhati di sofa, hanya mampu tersenyum melihat gelagat anaknya.
Pengenalan Khair kepada LEGO
Jika diikutkan cerita bagaimana Khair mula bermain dengan LEGO, seawal dari usianya 2 tahun lagi aku sebenarnya sudah mengajar dia untuk bermain dengan permainan yang mengasah kreativiti dan imaginasi ini.
Walaupun bagi sesetengah orang, permainan LEGO ini dilihat agak berisiko untuk membuatkan seseorang kanak-kanak tercekik jika tanpa sengaja mereka memasukkan kepingan-kepingan LEGO ke dalam mulut.
Tetapi pada pandangan aku..
LEGO, mereka tahu apa yang mereka jualkan kepada umum. Those bricks were specially designed berdasarkan garis umur yang telah dikaji dan ditetapkan. Meskipun begitu, kita sebagai ibu bapa pun.. jangan sesekali alpa dan ambil sikap lepas tangan sepenuhnya ketika anak-anak mula bermain dengan LEGO ini.
Pemantauan yang rapi serta tunjuk ajar daripada ibu bapa amat digalakkan bagi mengelak perkara tak diingini berlaku.
That’s why setiap kali Khair ingin bermain LEGO, aku akan turut sama duduk disebelahnya bagi memastikan tiada apa-apa perkara buruk berlaku. Bak orang kata, sebagai langkah berjaga-jaga (Actually, niat nak tumpang sekaki main LEGO pun ye juga.. Hahaha)
Mengapa aku pilih LEGO® City Adventures
Seperti yang telah aku nyatakan diatas, permainan LEGO ini mampu mengasah kreativiti anak-anak dengan menggalakkan mereka untuk berimaginasi ketika mencantum kepingan-kepingan LEGO yang kecil itu.
Setiap set, mempunyai konsep yang berbeza-beza.
Berlainan dengan set-set LEGO Nexo Knights atau LEGO Ninjago yang pernah aku berikan pada Khair beberapa bulan yang lalu, set LEGO City Adventures ini bukan merujuk kepada mana-mana karakter kartun popular. Malah, lebih memfokuskan kepada kerja-kerja umum serta watak-watak “hero harian” seperti bomba, polis, pemandu keretapi serta pekerja-pekerja awam.
Dan sehubungan dengan itu.. Untuk Khair, sengaja aku pilihkan set lapangan terbang. Yang mana terdapat model-model kapal terbang serta beberapa karakter pekerja berkaitan. Kerana, sebelum ini pun aku nampak minat Khair memang menjerumus ke arah dunia dunia penerbangan. Pantang nampak kapal terbang atau helikopter, dia akan teruja.
Itu belum cerita lagi dia punya seronok bila diajak pergi ke KLIA ataupun KLIA2. Habis segala sudut ruang akan ditinjaunya.
Woot.. woot. Siap sudah. Bagi aku senang je pasang set ni, cuma bagi Khair.. Ada kalanya daddy terpaksa campur tangan apabila ada parts yang agak tricky untuk Khair pasang secara sendirian.
Fakta: Bermain LEGO mampu mengembangkan skil motor dan sensori anak disamping ia memberikan pendedahan kepada anak-anak dalam memperkenalkan pelbagai jenis warna yang menarik dan ceria. Kalau dulu, slow-slow je Khair pasang LEGO.. Sekarang, dah makin laju. Hahaha
Acara menarik LEGO® City Adventures di Queensbay Mall, Pulau Pinang
Bercakap mengenai LEGO City Adventures ini, sukacita juga aku ingin memaklumkan kepada korang yang meminati permainan LEGO ini, bahawa.. bermula pada 31hb Mei 2016 (Selasa) yang lalu sehingga 12hb Jun 2016 (Ahad) nanti, sedang berlangsungnya satu event LEGO City Adventures di Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Event ini yang bertujuan untuk mempromosi serta memperkenalkan lagi set-set LEGO City Adventures ini kepada orang ramai, mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai.
Antaranya termasuklah bermain LEGO secara percuma, bergambar dengan maskot-maskot LEGO serta satu acara yang paling menarik yang dipanggil “Unleashed Your Kid’s Imagination“.
Acara Unleashed Your Kid’s Imagination ini yang boleh disertai anak-anak yang berumur 5-12 tahun, dimana ibu bapa atau penjaga perlu mengambil gambar ciptaan LEGO anak-anak (dalam format file .JPEG) kemudiannya diupload ke laman Facebook rasmi LEGO Certified Store Malaysia dan dihantar bersama butiran peribadi anak-anak seperti “Nama” dan “Umur” diruangan komen berserta #LEGOCityAdventuresMY.
Kemudian anak-anak dibawa ke event LEGO City Adventures untuk menunjukkan pos yang telah dimuat naik kepada krew yang bertugas untuk menerima hadiah misteri daripada LEGO (terhad kepada 100 peserta yang pertama sahaja. – rujuk dokumen penerangan).
Oh yaa.. ada satu lagi aktiviti menarik yang membolehkan anak-anak untuk memainkan peranan sebagai polis, bomba, juruterbang ataupun yang lain-lain.. dan sekiranya anak-anak berjaya menamatkan dua daripada aktiviti yang melibatkan peranan-peranan yang dinyatakan, mereka akan menerima sijil peribadi dan juga satu set lencana khas (yang boleh digunakan untuk melengkapkan passport mini) sebagai wira Adventure City daripada pihak LEGO.
Haa.. menarik kan?
Jadi, bagi yang berkelapangan dan tinggal dikawasan yang berdekatan, boleh sangat dah ambil peluang ni untuk bawa anak-anak kesana.
Disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga, anak-anak juga dapat memenuhi masa mereka dengan aktiviti yang bermanfaat.
Sebarang maklumat lanjut mengenai event ini boleh dirujuk melalui laman Facebook Lego Certified Store Malaysia ataupun, sekiranya korang ingin mengetahui tentang LEGO City, boleh ke laman web rasmi mereka di www.lego.com.
Jelesnya lah hai.. menarik sungguh..
Seronoknya Khair, dapat hadiah Lego yang besar…. 😉
Wahhhh.. syok tengok Khair main lego
dah lama aku tak main lego wehh..
pinjam sat.
Memang lego bisa membuat kreatifitas dan perkembangan otak anak jadi lebih baik ….