Patutlah ramai orang kata guna domain .my ni rumit. Setup untuk domain nameserver pun bukan main leceh lagi nak kena buat itu ini.
Compare dengan TLD yang lain, sebagai contoh .com.. tak sampai 5 minit blog dah boleh online.
Tapi dengan domain .my, tu dia.. berjanggut menunggu weh. Tambah pulak dengan support daripada registrar yang slow macam siput, janggut yang tumbuh pun boleh beruban dulu. Haihhh.
Dalam kes aku, satu projek underground aku gunakan domain .my.
Masalahnya timbul bila default nameserver, dipointkan kepada nameserver registrar (Exabytes), iaitu:
ns111.mschosting.com
ns112.mschosting.com
Jadi, untuk membolehkan aku guna domain projek underground ini pada hosting yang aku beli melalui Gempakbox.net, aku kena tukar default nameserver tersebut kepada nameserver Gempakbox, iaitu:
ns1.gempakbox.net
ns2.gempakbox.net
Tetapi, proses nak tukar nameserver ni leceh. Sebab masa aku mula-mula login panel Mynic, aku tak ada access untuk modify domain. What the heck!
Maka, disebabkan ketiadaan access ni.. terpaksalah aku google macam mana nak dapatkan access tu.
Dan dapat tahu.. aku kena Appoint New Technical Contact kepada diri sendiri supaya access tu diberikan kepada aku.
Chat support Exabytes, tak membantu sangat pun. Bila tanya boleh tolong tukar nameserver ke tak.. dia suruh hantar email. Walhal sebenarnya awal-awal lagi aku dah hantar email tu pada bahagian teknikal. Tak de reply. Hanya 4 jam selepas tu baru dapat reply, tu pun bila aku dah siap setup semua. Huh).
Dah dapat access.. selesai masalah! Baru boleh buat kerja.
Proses seterusnya, tukar nameserver. Dan caranya, seperti yang diterangkan dibawah. Tak susah, tapi leceh. Korang baca ikutlah elok-elok ye.
- Aku assume korang dah login panel Mynic. kalau belum, sila login.
- Klik Domain Name > Modify Domain.
- Masukkan nama domain, pilih extension dan Search.
- Senarai domain akan dipaparkan. Pilih dan tick pada select box domain yang berkenaan dan klik Modify.
- Seterusnya pergi ke Modify Technical Contact of Domain Name dan pilih Modify Technical Contact of Domain Name.
- Tick pada nameserver yang ingin ditukar dan masukkan nameserver baru dalam ruangan Change to (kotak kuning tu). Tekan butang Modify.
- Siap. Kena tunggu DNS propagation selesai dalam tempoh 18-72 jam (Haih.. tunggu lagi. Penat betul).
Kalau tak sabar nak tunggu esok lusa, refresh dan check status propagation tu dekat sini > www.whatsmydns.net
p/s: Ni satu-satunya domain aku yang .my. Lepas ni taknak beli yang lain lagi dah. Guna .com lagi senang, jimat masa. Hehehe.
blog bamhoq yang explorasa tu dotmy. ekekek. sy slalu search blog explorasa.com. x jumpa. rupanya dotmy. mohon tuka la bamhoq. ekekek.. ttiba ckp sini.
oh macam tu ka.. lama juga nak kena tunggu tu.
awal-awal ok… dah hujung satu apa tak faham… haha.. tq sudi share…
Kutuk aku lah tu.. Kejam hahhaha.. Unfren unfollow.
Tapi memang leceh pon sebenarnga.. Ahhaha.. Ni nak renew domain tahun depan kot.. Entah problem apa akan muncul.. Nanti nak mtk tolong tau heehee
Wahhh memang serius tak sangka… domain dot my leceh.. tak pernah lagi ada domain dot my ni.. tak sangka rumit.. thanks bro atas tutorial
ya, menyumpah nyumpah masa nak setting .my 🙁
saya pilih domain .com. tak tahu pula kalau pilih .my sangat lama prosesnya.