Lazz Susu Kambing – Lazzcafe, Ternyata Tidak Mengecewakan

Bila sebut kurma, memang aku sejenis manusia yang tak makan kurma. Tak kisah la buah kurma fresh dari pokok ke, ataupun kurma yang pack dijual di kedai. Aku pun tak tahu kenapa aku tak makan kurma, tapi pendek kata sejak azali memang mulut aku ni tak pernah lagi jamah buah kurma. Hahaha.

Tapi, kalau compare dengan susu kambing pulak.. tak usah nak cakap la. Berjenis-jenis susu kambing dah pernah aku minum. Dari jenis susu fresh pernah minum, susu yang diproses dikilang dalam bentuk serbuk pun pernah minum.

Dan, nak dijadikan cerita hari ini.. aku baru lepas cuba minum susu kambing Lazz pulak.

Actually, susu kambing Lazz ni kalau ikutkan ada pelbagai jenis flavour. Ada flavour original, choco, kurma dan terbaru Lazzcafe.

Lazzcafe ini pulak, kalau korang tengok namanya pun.. Memang dah nampak straight forward maksudnya kan, iaitu minuman berkopi.

Kebetulan, aku ni antara coffee lover.. so, apabila asyik terpandang perkongsian gambar daripada rakan-rakan yang duk minum Lazzcafe, boleh katakan hati dah mula tergerak untuk mencuba kopi ini.

Yelah.. menurut kawan-kawan aku, Lazzcafe ni sedap sebab rasanya lemak-lemak manis. Dan antara part yang paling best, bilamana kalau digabungkan Lazzcafe ni dengan Lazz Choco, terus jadi flavour Mocha.

Pehhh..!

Memang sedap beb. Tak cukup segelas. No wonder puan isteri dah habiskan 3 daripada 4 pack yang aku ada sebelum ni. Tinggal 1 je last untuk aku, itu pun sempat ambil sebelum dia minum. Hahaha berebut.

Hmm.. Memandangkan Lazzcafe ini sedap dan banyak pula khasiatnya. Ia boleh dikategorikan sebagai minuman kesihatan. So, kat sini aku ambil peluang untuk kongsi dengan korang beberapa kebaikan yang korang dapat sekiranya mengamalkan Lazzcafe .

  1. Disamping ianya adalah kopi jenis mild, Lazzcafe dikatakan mampu menghilangkan simptom ketagihan caffeine seperti migrain, gastrik, dan angin berlebihan dalam tubuh.
  2. Lazzcafe membantu dalam melancarkan aliran darah, dan memberi tenaga.
  3. Lazzcafe mengandungi Antioksidan yang dapat membantu mencegah jeragat.
  4. Disebabkan ia dibuat menggunakan biji kopi asli kampung yang dipanggang tanpa minyak, maka sekiranya wanita berpantang minum.. ia difahamkan dapat membantu menghindarkan terjadinya ‘Water Retention’ atau kegemukan Air.

Haa.. banyak kan kelebihan dia. Bukan setakat itu sahaja, disebabkan susu kambing Lazz ni ada banyak lagi flavour lain selain Lazzcafe, so bergantung kepada jenis dan gabungan flavour yang korang minum, ia akan mempengaruhi kesan yang akan korang alami.

Kat bawah aku senaraikan beberapa idea yang boleh korang cuba bancuh dengan fungsinya sekali. So, kalau korang nak cuba untuk minum, boleh dapatkan susu-susu Lazz ini daripada ejen-ejen/stokis berdaftar yang terdekat dengan korang ataupun lazz.lazzdelivery.com untuk tempahan secara online.

  • Lazz set sejoli (Lazz Kurma untuk isteri, Lazzcafe untuk suami) – untuk mereka yang ikhtiar hamil
  • Lazz set mak buyung (Lazz Kurma dicampur dengan Lazz Choco) – untuk ibu kesihatan mengandung
  • Kombo Susu Meriah (Lazzcafe dicampur dengan Lazz Kurma dan Lazz Choco) – khas untuk ibu yang sedang menyusukan anak
  • Set untuk diet tanpa sukrosa (Lazz Asli dicampur dengan Lazz Kurma)

p.s: So far, lepas puan isteri minum Lazzcafe.. dia tak ada complain bau hamis. Kalau bau hamis, jangan harap dia minum. Itu sebab laju je dia boleh habiskan. Hahaha.

p.s: Malam-malam sebelum tidur minum Lazz susu kambing original, inshaAllah lena tidur.


3 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini