Layan Mee Di Bangi Boat Noodle

Pertama kali makan di Bangi Boat Noodle. Restoran yang baru je dibuka beberapa minggu lepas.

Kalau nak dicompare Bangi Boat Noodle dengan Boat Noodle@Mee Sampan, aku rasanya ini bukanlah official branch mereka. Sebaliknya inisiatif penjual lain untuk guna konsep yang sama tapi berlainan resipi masakan.

First impression tentang makan boat noodle disini, harga yang ditawarkan agak murah. Semangkuk cuma RM1.80, dimana portion yang disediakan bagi setiap mangkuk lebih kurang 2 kali suapan.

Menu Bangi Boat Noodle

Jenis mee dan bahan sampingan didalam hidangan boleh dipilih mengikut citarasa masing-masing, sama ada ayam, daging ataupun udang.

Dan oleh kerana ini merupakan kali pertama aku ingin mencuba makanan yang asalnya daripada Thailand ini, maka aku belasah je campur semua sekali.

Rasa boat noodle ni bagi aku not bad. Bebola dagingnya sedap, kenyal. Cuma bagi orang yang peka dengan rasa masin, mesti akan complain akan kuahnya yang agak terlebih masin sedikit (mungkin style orang Thailand kot suka kuah masin).

Bangi Boat Noodle
Ini lah boat noodle nya

Overall, sesi menjamu selera kat sini kira macam lain dari yang lain. Nak kata korang wajib cuba tu takdelah. Tapi at least kalau korang datang makan kat sini, korang takkan keluar dengan muka kecewa. Lagipun di restoran Bangi Boat Noodle ni bukan jual mee semata-mata, ada juga western food. Sebab restoran ini share lot kedai yang sama dengan FlaminGrill Burgers.

Bangi Boat Noodle & FlaminGrill Burgers

Sambil-sambil makan mee, boleh cuba makan burger juga (Mungkin ownernya orang yang sama kot).

FlaminGrill Burgers
Signature Beef Burger.. serius sedap.

So, kalau korang nak cuba rasa Bangi Boat Noodle ni, boleh pergi ke Bangi Sentral. Lokasi restorannya, betul-betul di belakang PKNS Bangi bersebelahan dengan DuBook Press.

Bangi Boat Noodle
No.7 & 9, Bangi Sentral
Jalan Medan Pusat Bandar 8
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

p.s: Elok pula masa aku datang, ada promosi beli 8 mangkuk, percuma 1 mangkuk. Perut lapar, sebat je lah labuuu. :p

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Mitsui Outlet Park Tak Best

    Durian Murah Sg.Chua