in

Layan Final World Cup Di GSC Bersama Coca-Cola


Wow! Macam tak sangka pulak boleh layan final World Cup kat GSC ye. Ingatkan sebelum ni GSC memang untuk tonton filem je. Tetapi untuk final France vs Croatia satu kerjasama yang awesome bagi GSC dan Coca-Cola bila anjurkan event semacam ni.

Gempak beb.. selalu layan bola kat mamak.. crowded, panas. Tapi kalau dah layan final kat dalam panggung, sah-sah sejuk nyaman. Tambah kerusi empuk, jadi ekstra selesa.. silap-silap boleh terlentok tidur kalau dah mengantuk sangat. Hahaha.

By the way, sempena kolaborasi GSC dengan Coca-Cola untuk tontonan final World Cup 2018 tempoh hari, peminat-peminat yang sempat beli promo istimewa Football Bundles daripada GSC adalah mereka yang berpeluang untuk join layan final World Cup di panggung GSC secara live. Disamping mereka juga dapat snek, dan limited merchandise seperti t-shirt dan tin set eksklusif Coca-Cola Matroyshka.

Antara rakan blogger yang join final World Cup GSC Coca-Cola. Dari kiri: Angah Judin, Daus Redscarz, Azfar9897, Fazrol, Sohoque, Lan Careno

Hohoho.. menarik kan. Hopefully kolaborasi antara dua syarikat ini akan berkekalan sehingga game-game World Cup yang seterusnya. Rasa teringin sangat nak join sebab final tempoh hari aku dah ada date kat tempat lain. Rugi.. Hohoho.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *