Layan Filem Dragon Ball Super Broly.. Ini Sinopsisnya (Spoiler Alert!)


Yes. Berjaya jugak pergi layan movie Dragon Ball Super Broly. Lama sangat dah tunggu filem ni. Bagi peminat susah mati Dragon Ball, filem ni wajib tonton sebab ada babak prequel dan sequel tentang kemunculan Brolly (iaitu seorang lagenda Super Saiyan).

Tapi seriously kalau korang bukan peminat Dragon Ball tapi masih nak layan pun, boleh je.. tak ada masalah. Cuma nanti mesti korang akan lost la sebab jalan cerita dia banyak berkait dengan siri Dragon Ball Z dan Dragon Ball Super.

Spoiler alert!

Throwback

Malas nak sembang mengarut panjang-panjang.. Meh aku kongsikan terus berkenaan sinopsis filem Dragon Ball Super Broly ni.

Dipermulaan cerita, akan ada throwback bagaimana King Cold yang kejam dan merupakan bapa kepada Frieza yang datang ke Planet Vegeta untuk buat pengumuman rasmi tentang penyerahan takhtanya kepada Frieza didepan King Vegeta.

Frieza, seperti ramai yang dah sedia maklum.. memang merupakan makhluk yang lagi super kejam berbanding ayahnya, telah menerima takhta ini dengan tangan terbuka. Dan pada masa ini juga kita dapat tengok semua bangsa Saiyan bencikan Frieza, tapi terpaksa tunduk akur kepada pemerintahan King Cold dan Frieza kerana tak dapat nak challenge angkatan tentera dua makhluk jahat ini.

Selepas tampuk pemerintahan bertukar tangan kepada Frieza, selang beberapa lama kita dapat lihat Frieza kembali ke Planet Vegeta dengan niat untuk hapuskan bangsa Saiyan. Sebab dia percaya kepada ramalan bahawa walaupun dia kuat setara mana pun, dia tetap akan kalah pada bangsa Saiyan ni.

Jadi, pada waktu Frieza datang ke Planet Vegeta yang mana pada ketika itu semua pahlawan Saiyan dipanggil balik secara tiba-tiba, Frieza telah hancurkan Planet Vegeta dengan sekelip mata secara serang hendap.

Sebelum planet dimusnahkan, Bardock yang merupakan bapa kepada Son Goku, actually dah dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Jadi, bila perasaan tak sedap hati tu muncul ketika mana Frieza pun turut berada di Planet Vegeta.. first thing first bila Bardock sampai ke rumah, dia bagitahu wife dia iaitu Gine untuk hantar Son Goku yang mana pada masa tu masih kecil untuk dihantar ke planet lain. Planet lain tu tak lain tak bukan iaitu Bumi.

Manakala satu lagi situasi berlainan, perihal Broly ni pulak. Dia pun masih kecil.. umur lebih kurang Son Goku. Sama juga dengan Vegeta (bukan King Vegeta tau). Dia ditempatkan dalam satu tempat khas untuk pemantauan perkembangan. Actually tempat tu kalau ikutkan untuk budak yang ada kasta tinggi je. Tapi memandangkan Paragus, iaitu bapa Broly adalah pahlawan je dalam Planet Vegeta, dan Broly ni pulak masa saintis Planet Vegeta buat pemeriksaan battle power.. dia telah memberi bacaan yang melampaui normal. Malah, melebihi Vegeta yang pada masa itu dah dikira pecah rekod dunia.

Disebabkan rasa ego dan tak puas hati anak dia (Vegeta) yang sekarang dah ranking yang ke-2 dibawah Broly, maka King Vegeta buat keputusan kejam untuk hantar terus Broly ke Planet Vampa tanpa persetujuan Paragus. – Kesian Broly dianiaya.

Paragus yang bengang dan sayang pada anak dia, terus ambil jet dan kejar Broly yang masih dalam pod. Sampai la mereka buat pendaratan cemas sebab nak mendarat kat Planet Vampa, dan at last Paragus discover Broly ni gila hebat sebab, even Broly sampai 2 hari lebih awal ke Planet Vampa yang dipenuhi makhluk ganas.. dia boleh survive macam tak ada apa-apa masalah. Siap boleh belasah dan makan raksasa yang ada kat planet tu.

Satu lagi situasi yang lain pulak, ketika mana Planet Vegeta baru dimusnahkan, Vegeta yang sedang dalam misi untuk tawan planet lain sepatutnya dipanggil balik jugak macam semua orang tapi mengingkari arahan. Dan disebabkan keingkaran mendengar arahan tersebut, maka dia terselamat daripada turut terkorban bersama kaum saiyan yang lain.

Sekarang!

Long story cut short, cerita terus dibawa ke zaman sekarang yakni bila Son Goku and the geng dah berjaya selamatkan bumi daripada dilenyapkan oleh Zeno iaitu Omni King (Raja segala galaksi) dalam kejohanan kuasa (Tournament of Power).

Dan Frieze pulak bila dah habis kejohanan tu dia kembali kepada peranan dia macam mula dulu-dulu, iaitu mengetuai angkatan tentera Frieze untuk menjejak makhluk-makhluk yang ada potential untuk dijadikan tenteranya kemudian pergi serang planet-planet yang dia nak tawan.

Kalau ikutkan garis masa, masa ni Son Goku dan Vegeta dah tua dan power level diorang pun bukan calang-calang.

Namun nak dijadikan cerita, dua pengikut Frieza namanya Cheelai dan Lemo secara tak sengaja menerima signal emergency call daripada pesawat Paragus yang terhempas ketika mendarat di Planet Vampa (planet dimana Broly dihantar dulu).

Kat situ Cheelai dan Lemo secara tak sengaja berjumpa dengan Paragus dan jugak Broly yang dah dewasa. Dan disebabkan Cheelai dan Lemo mendapati battle power Broly pada ketika itu melampaui bacaan scouter, maka Broly dan Paragus dibawa balik untuk berjumpa dengan Frieza.

Frieza, yang rasa cukup bertuah bila dah dapat pahlawan yang ada battle power yang cukup kuat, mula merancang plot jahat untuk membalas dendam terhadap Son Goku dan Vegeta.

Di bumi, mereka tanpa sengaja bertemu di kutub Arctic yang mana pada ketika itu masing-masing sebenarnya tengah aim untuk dapatkan bola naga yang ke-7.

So alang-alang dah bertemu, maka pertarungan tercetus. Lebih-lebih lagi bila Frieza sendiri juga dah tak sabar nak tahu setakat mana kekuatan Broly, jadi dia terus pergunakan Broly untuk berlawan dengan Son Goku dan Vegeta.

Pertarungan epik ini dimulakan dengan Broly melawan Vegeta. Pada awalnya Vegeta dengan selamba boleh ayam-ayamkan Broly sebab Broly tak ada pengalaman bertempur.

Tapi lama kelamaan Broly dah dapat ikut rentak dan mula menunjukkan kuasa dia yang sebenar. Walaupun hanya menggunakan bentuk asal (tak jadi Super Saiyan), Broly telah memaksa Vegeta untuk naikkan kuasa dia sampai ke tahap Super Saiyan God (yang rambut pink tu.

Actually ni kali pertama Vegeta achieved SSG. Tak pernah reveal lagi rupa bentuk dia dalam bentuk SSG dalam mana-mana siri). Namun, Vegeta SSG ini pun masih teruk diasak oleh Broly.

Bila keadaan macam dah nampak tak menyebelahi Vegeta, Son Goku mula tampilkan diri dengan background music macam dalam game arcade. Gila cool. Hahaha.

Son Goku pun, dari bentuk asal naik ke satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi secara non stop sebab nak sama kan level dengan Broly. Tapi situasi masih sama.. even sampai tahap Son Goku gunakan level Super Saiyan Blue (Goku SSB) pun dah tak boleh nak setaraf dengan kekuatan Broly.

Kuat weh Broly ni, sebab masa ni pun dia masih lagi dalam bentuk asal. Dia actually tak tau macam nak jadi Super Saiyan rambut kuning tu. Sebab bagi Paragus yang mengajar Broly sebelum ini kat Planet Vampa pun, cuma anggap bentuk Super Saiyan tu hanya mitos semata-mata. Cuma kelebihan Broly iaitu, dalam bentuk asal dia dapat control kuasa beruk raksasa (great ape) yang ada dalam diri dia dan dari situ kekuatan dia melampaui Son Goku dan Vegeta.

Bila Son Goku dibelasah dengan teruk, dan ada satu saat tu bila Broly sendiri dah tak sedar diri. Dia nampak Frieza pun macam musuh. Dia serang Frieza bertalu-talu tanpa ada peluang untuk membalas biarpun Frieza bertukar menjadi Golden Frieza, jadi bila situasi dah sampai tahap macam tu.. Son Goku ambil kesempatan untuk lari sekejap ke tempat lain sambil tarik sekali Vegeta jumpa Picolo guna instant transmission.

Bila dah jumpa Picolo dan mintak advise, Son Goku dan Vegeta sebulat suara untuk guna kuasa Fusion untuk berlawan dengan Broly lagi sekali.

Dan kat sini timbul babak melucukan antara Vegeta dan Son Goku bilamana disebabkan Vegeta ini insan yang kuat egonya, dia pada mulanya bersungguh-sungguh taknak guna teknik Fusion. Malah, sanggup mati dari buat tarian Fusion. Sehinggalah Son Goku bagi ayat pelemah melibatkan Bulma, terus Vegeta mengiyakan apa yang dicadangkan. Hahaha.

Bila dua-dua orang dah setuju, jadi dua orang ini pun praktis buat Fusion beberapa kali sehingga betul-betul berjaya. Teknik Fusion yang berjaya ni akhirnya menghasilkan Gogeta.

Bila Gogeta dah muncul, bermulalah perlawanan yang lagi gempak. Masa ni Broly biarpun kuat pada awalnya, kelihatan bukan lagi lawan yang sesuai. Sehingga lah Frieza nampak satu peluang jahat, dia cuba nak naikkan kuasa Broly.. iaitu dengan helah membunuh Paragus (bapa Broly) yang pada masa tu sedang berdiri kat tepi Frieza. Dia tembak Paragus tepat ke jantung dan mati.

Bila Paragus dah mati dibunuh, Frieza menjerit kepada Broly dan bagitahu bahawa bapanya dah mati, maka jadilah situasi dimana kemarahan Broly memuncak. Dia sangka Paragus dibunuh oleh geng Son Goku.

Kekuatannya jadi berlipat kali ganda apabila Broly tiba-tiba dapat berubah jadi Super Saiyan (kalau ada antara korang yang tak tahu, kemarahan seseorang kaum Saiyan akan mencetuskan ledakan kuasa Super Saiyan dalam diri mereka. Jadi dari sini seseorang tu boleh jadi Super Saiyan). Cuma level Broly special sikit, sebab battle dia ni unik.. instead of rambut kuning, Broly yang berubah jadi Super Saiyan mempunyai rambut yang berwarna hijau.

Untuk mengekang kerosakan yang Broly dah buat, Gogeta terpaksa up level dan bertukar jadi Super Saiyan Blue (SSB). Dan perlawanan diteruskan sampailah Broly dah nampak tak berdaya nak bertindak balas.

Namun, klimaks cerita ini dipotong dengan tindakan Cheelai dan Lemo yang menghidupkan Mutiara Naga. Disebabkan diorang nampak Broly macam dah tak ada peluang nak menang, dan jauh di sudut hati diorang ada rasa kesian jugak dengan Broly kerana dipergunakan untuk tujuan peribadi Frieza, maka dia cepat-cepat curi Mutiara Naga dan minta hajat daripada Shenron untuk hantar Broly ke planet asal disaat-saat terakhir Gogeta nak lepaskan serangan terakhir.

So, end up Broly terselamat. Frieza tak dapat capai hajat nak balas dendam, dan Gogeta pun tak dapat kemenangan mutlak. Tapi of course la bumi terselamat daripada kerosakan yang lagi teruk.

Akhir sekali, sebelum Frieza tinggalkan bumi. Dia dengan nada bongkak seperti siri-siri sebelum ini berpesan pada Son Goku, bahawa dia akan datang lagi di masa akan datang. Dan Broly pulak, walaupun dia terselamat dan dapat pulang ke planet asal dimana dia dibesarkan, Frieza dapat ikut jejak dia melalui penjejak didalam pesawat yang dilarikan oleh Cheelai dan Lemo.

Kesimpulan

Bagi aku filem Dragon Ball Super Broly yang berdurasi 1 jam 40 minit ini memang worth it untuk ditonton. Especially dengan teknik-teknik lawan baru yang ditunjukkan Gogeta, dan kemunculan Vegeta dalam bentuk SSG adalah moment yang memuaskan hati.

Cuma kekurangan filem ini, bilamana ramai penonton yang mungkin akan kecewa bilamana tak dapat melihat kemunculan Son Goku dengan kuasa Ultra Instinct (UI). Ye lah, dalam Tournament of Power pun ada 2 babak Son Goku up level ke UI, tapi dalam filem.. zero. Hadehhhh. Dan bagi aku, setakat Broly ni biarpun kuasa dia gila-gila kuat. Tapi dia punya current level masih tak dapat menyaingi level Jiren. Rasa-ranya kalai Son Goku guna UI, sekali petik je rasanya terus terbaring si Broly. Hahaha.

By the way, sebelum tamat Son Goku buat Instant Transmission ke Planet Vampa untuk berjumpa Broly. Katanya dia ada benda nak ajar Broly. Dan secara jujurnya aku rasa, filem berikutnya mungkin kita dapat lihat Broly dapat berubah jadi SSG jugak kot. Tak mustahil benda ini boleh jadi, sebab dia kan bangsa Saiyan jugak. Cuma masa ni, tak dapat bayang setinggi mana tahap kekuatan dia. Hohoho.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini