in ,

Lawak Ke Der 3 – Gelak Tanpa Henti


Pertama kali aku jejakkan kaki ke Panggung Sari Istana Budaya untuk menonton Lawak Ke Der 3 secara live. Row keempat dari depan, memang port terbaik der. Jelas segala-galanya. Terima kasih diucapkan kepada Broframestone kerana sudi menjemput aku.

Lawak Ke Der 3

Seperti yang diketahui ramai, pementasan Lawak Ke Der 3 adalah kesinambungan kepada kepada siri Lawak Ke Der yang sebelumnya. Untuk siri ke-3 ini ianya dibintangi oleh Nabil, Jambu, Douglas Lim dan juga Harith Iskandar.

Pementasan Lawak Ke Der 3

Nabil dan Jambu, nama yang common dalam arena lawak. Disebabkan itu lawak yang dipersembahkan oleh mereka seperti lawak-lawak yang pernah ditonton, tapi masih ada punchline yang boleh membuatkan orang gelak tak berhenti-henti. Part yang paling aku suka time Nabil dengan aksi WWF Tok Adi, manakala Jambu dengan lagu kebangsaan “Doraemon”. Serius lawak beb.

Yus Jambu Lawak Ke Der 3

Douglas Lim? Ahaa..dia ini aku rasakan yang terbaik pada malam persembahan. Walaupun pada mulanya ramai yang tidak berapa pasti sama ada dia ini boleh melawak ataupun tidak, tetapi sekarang ternyata..idea lawak spontan sepanjang masa mampu membuat orang gelak tak berhenti-henti. Siap si Douglas nyanyi lagu Awie lagi kot..mendayu-dayu. Dapat standing ovation lagi. “Best gila ba** si**”. Hahaha.

Harith Iskandar Lawak Ke Der 3

Dan Harith Iskandar pula, siapa tak kenal father of stand up comedian. Lawaknya yang santai dan sekali sekala memerli orang, memang buatkan orang sakit perut menahan gelak. Kalau dulu perli abang polis CSI, kali ini dalam Lawak Ke Der 3 beliau perli pilot. Kesian abang pilot. Hehe.

Secara keseluruhannya, aku bagi 4.5/5 bintang. Wajib tonton kalau korang nak hilangkan stress. Hohoho. Okay..cukuplah kot review sikit-sikit. Kalau aku cerita banyak-banyak nanti spoil mood pula.

Bagi yang berminat untuk dapatkan tiket ke Lawak Ke Der 3, boleh dapatkan melalui laman web Ticket2u.biz. Teater bermula pada 4hb Disember 2013 dan akan berakhir pada 8hb Disember 2013. Cepat..cepat..sementara stok tiket masih ada.

Neelofa Mantap

Nota: Balik kerja terus pecut pergi Istana Budaya. Layan Lawak Ke Der 3 sampai pukul 11 lebih. Penat..penat. Tapi nasib baik Neelofa datang teman, taklah terasa sangat penatnya.

p/s: Tak sempat nak bergambar dengan Douglas Lim & Nabil.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *