Lawak Ke Der 3 Bersama ESCAPE

Masih lagi mood Lawak Ke Der 3.

Pementasan Lawak Ke Der 3

Sejak balik dari pementasan tempoh hari, aku perasan makin ramai pula kawan-kawan aku yang pergi tengok teater lawak ni. Lepas sorang, sorang.

Bagus. Korang memang bijak.

Sebab..kalau siapa yang masih belum tengok Lawak Ke Der 3, korang memang rugi besar. Tinggal sehari je lagi untuk tengok secara live (4 hingga 8 Disember 2013 kan, jadi esoklah hari terakhir). Sebelum-sebelum ini pun, tiket-tiket habis dijual. Ramai dah yang kecewa sebab tak dapat nak tengok.

Yus Jambu Lawak Ke Der 3

Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim aku rasakan antara yang paling berjaya membuatkan urat perut penonton tersimpul dengan lawak jenaka diorang yang selamba dan spontan. Terbaik beb.

Terima kasih diucapkan kepada ESCAPE kerana memberikan aku peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3 secara live. First time tu masuk Panggung Sari Istana Budaya.

Pengumuman penting!

Berita baik untuk korang peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE yang berkemungkinan tak dapat nak pergi tengok secara live esok. Kini korang boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif ESCAPE mulai 31 Disember 2013 selama 6 bulan.

6 bulan? Hoho..Lama tu.

Lawak_Ke_Der 3

Yerp..memang lama. Dan untuk pengguna Celcom, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM5,000 setiap hari melalui peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE. Caranya mudah:

  1. Mulai 7 hingga 27 Disember 2013, sesiapa yang melanggan Celcom perlulah menonton YouTube Channelcuit-cuit @ESCAPE ataupun klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu soalan teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
  2. Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan sepantas yang mungkin ke 20888. Jawapan yang dihantar tidak perlu panjang, cukup dengan hanya satu perkataan.
  3. Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE

Lawak Ke Der 3 ESCAPE

Serba sedikit mengenai ESCAPE

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh dibawa ke mana sahaja dengan pelbagai akses video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan bermacam lagi.

Dengan pilihan sekali bayar ataupun melanggan akses bulanan tanpa had (hanya RM25 sebulan), anda boleh memilih lebih daripada 500 filem dan rancangan daripada pelbagai genre (aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). Termasuk juga konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

Melalui ESCAPE juga, anda bebas untuk menghentikan (pause) dan menyambung kembali (resume) tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 6 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Google PR Update

    Big Bad Wolf – Tempat Borong Buku