Ingat lagi contest Shell FuelSave Challenge 2014 yang aku war-warkan baru-baru ini? Jika ingat, bagus. Daya ingatan korang memang super power.
Okay, merujuk kepada contest itu, disini aku ingin mengambil kesempatan yang ada untuk menyebarkan satu lagi info terkini berkenaan dengan kontes Shell FuelSave yang sedang dijalankan.
Seperti yang telah dihebohkan melalui laman-laman media yang lain, selain 3 buah tempat iaitu Johor Bahru, Kuantan dan Pulau Pinang dimana Shell FuelSave Challenge telah mengadakan roadshow dilokasi berkenaan sepanjang beberapa minggu yang lalu, kini roadshow yang terakhir pula bakal diadakan di Paradigm Mall, PJ.
Untuk pengetahuan semua, di roadshow ini nanti bukan sahaja terdapat permainan-permainan mudah yang membolehkan pengunjung memenangi hadiah, malah ia juga memberi korang peluang terakhir untuk membuat pendaftaran bagi Shell FuelSave Challenge itu sendiri dan juga berjumpa dengan duta artis Shell iaitu Fahrin Ahmad.
Haa.. berbalik kepada Shell FuelSave Challenge, untuk setakat ini aku dah ada 370 point. Overall, contestnya sangat senang, cuma bergantung pada diri sendiri sama ada rajin atau malas. Sambil-sambil jawab dapat kumpul point, point tersebut pula boleh ditebus dengan barangan-barangan Shell percuma yang ditawarkan.
Haa jadi, korang yang belum daftar.. jangan tunggu lama-lama. Daftar cepat, peluang masih terbuka. Mana tahu nanti boleh menang RM20,000.
Peringatan sekali lagi: 14hb September adalah hari terakhir untuk anda serbu roadshow di Paradigm Mall dan membuat pendaftaran.
Daftar online pun boleh juga.
>> Klik untuk daftar Shell FuelSave Challenge 2014 <<
Info mengenai Shell FuelSave 95:
- Direka untuk meningkatkan kecekapan enjin dan membantu anda mendapatkan perjalanan yang lebih jauh.
- Direka untuk mengurangkan kehilangan tenaga dalam enjin dimana ia melincirkan bahagian-bahagian enjin yang sukar dicapai oleh minyak enjin yang lain.
- Direka untuk mengekalkan injap salur masuk bersih daripada pembentukan deposit.
p/s: Korang yang berdaftar, point dah berapa ye?
abag saya selalu isi shell.. tapi itu la.. dah bagitau dia..tak tau dia join ke tak
Hadiah besar tu..rugi kalau tak join..
Hoho..
Semoga hang menang.
Pastu..leh belanja gua cendol.
shell pilihan utama…
saye ingin memenangi iphone