Sebuah Lamborghini Gallardo dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki di bandar Cina, Qindao setelah pemilik kereta sport Itali itu memutuskan untuk menghancurkannya untuk menunjukkan rasa kekecewaan terhadap Lamborghini.
Enjinnya dikatakan mula gagal berfungsi dan pemiliknya telah menghubungi wakil pengedar Lamborghini tersebut di Qingdao. Kereta itu kemudiannya dihantar ke pusat penyelenggaraan Lamborghini untuk diperiksa.
Tetapi malangnya masalah enjin itu tidak dapat diselesaikan, sebaliknya bumper dan chasis mengalami kerosakan akibat daripada proses penghantaran tempoh hari. Pemilik kembali mengadu kepada wakil pengedar itu tetapi pihak mereka enggan bertanggungjawab keatas kerosakan terbabit.
Perkara yang sama terjadi selepas pemilik menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini China iaitu Stephan Winkelmann, Pengurus khidmat selepas jualan Asia Pasifik, dan Pemilik jenama Volkswagen Group dimana masalahnya masih lagi tidak dapat diselesaikan.
Berang dengan layanan yang diterima, pemilik merasakan haknya sebagai pengguna telah diabaikan. Jadi, beliau memutuskan bahawa cara terbaik untuk mendapatkan perhatian orang ramai adalah dengan memusnahkan kereta Lamborghini itu pada 15 Mac, yang juga merupakan Hari Hak Pengguna Sedunia.
Beliau mengupah orang awam untuk memusnahkan kereta tersebut menggunakan tukul sambil membuat kenyataan tidak puas hatinya terhadap layanan yang diberikan kepadanya.
Kalau orang jenis duit tak habis, boleh lah pakai buang macam ni. Apa pendapat korang?