Antara kelemahan Twitter sejak dulu hingga sekarang adalah jumlah aksara yang terhad. Setiap satu tweet yang boleh dikongsi oleh seseorang hanya dihadkan sebanyak 140 aksara sahaja,
Sekiranya seseorang itu ingin berkongsi sesuatu info yang agak panjang, menyebabkan individu itu terpaksa menggunakan short form sekaligus membuka satu thread (tweet bersambung) supaya pengikut mudah membacanya.
Tetapi, dengan membuka sesuatu thread yang memerlukan kita menaip tweet yang berbeza satu demi satu. kadang-kadang ia boleh menyebabkan kita terlupa apa yang ingin dikongsikan.
Maka, disebabkan permasalahan itu satu web perkhidmatan telah diwujudkan, iaitu Chirr App.
Melalui laman web Chirr App ini, ia memudahkan pengguna Twitter untuk berkongsi tweet yang panjang tanpa perlu menaipnya secara berasingan.
Dengan menggunakan ruangan kosong yang disediakan, pengguna perlu menaip apa sahaja yang ingin disampaikan kepada pengikut tanpa gangguan. Dan dalam masa yang sama, teknologi kecerdasan buatan yang terbina didalam web ini akan memecahkan perkongsian itu kepada beberapa tweet pendek bersambung (threaded) secara automatik.
Ini adalah perkongsian untuk memudahkan korang untuk create thread di Twitter dengan mudah tanpa risau akan had maksimum 140 aksara.
— Hafiz (@hxfizr) August 4, 2017
Pengguna seterusnya boleh memilih untuk menerbitkan thread itu terus daripada laman web Chirr App, tetapi perlu menghubungkan Chirr App ke akaun Twitter peribadi terlebih dahulu. Mudah kan?
Nota: Kelemahan web ini cuma ia melibatkan tweet berbentuk teks, tidak disertakan fungsi untuk memuat naik gambar.
Masih ada juga kelemahan sistem tersebut..
Belum lagi terbaik