Laman Ping Baru Blogr.My

Sebelum ni ramai yang sedia maklum tentang kehadiran laman aggregator ciptaan anak Malaysia, Ping Busuk. Tapi kali ni Hafiz nak memperkenalkan 1 lagi laman aggregator iaitu Blogr.My. Laman yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya ini baru sahaja dibuka kepada umum pada Januari 2012 dan semasa entry ini dibuat, seramai 1086 blogger telah berdaftar.

Apa yang menariknya jika dibandingkan dengan laman aggregator lain, laman ini lebih nampak tersusun dan kemas. Ditambah pula paparan yang lebih catchy dan modern serta penggunaan popup untuk ping entry blog secara automatik ataupun manual, Hafiz percaya tak lama lagi bilangan blogger yang berdaftar pasti akan meningkat dengan cepat.

Blogr

Fungsi pembahagian 12 saluran untuk memastikan setiap entry dimasukkan kedalam kategori yang betul juga dilihat dapat membantu pengguna untuk mencari artikel dengan mudah.

Menarik kan? So, apa tunggu lagi..Jom kita sama-sama tambah satu lagi laman ping dalam ping list masing-masing k. Majulah Blogger untuk Malaysia.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Nuffnang vs ChurpChurp

    Ramadhan bakal menjelma