in

Laman Aggregator Malaysia


Kali ni Hafiz nak share dan review sikit pasal laman aggregator yang pernah Hafiz guna. Bagi blogger yang belum tahu apa itu laman aggregator, ia merupakan laman ping yang diguna oleh blogger-blogger untuk mempromosikan entry-entry baru kepada umum. Laman aggregator ini berfungsi samada melalui penghantaran entry secara manual ataupun dikemaskini secara separa auto melalui rss/feed.

Setakat ini antara laman aggregator ciptaan anak malaysia yang Hafiz pernah pakai adalah:

  • Gengblogger (hilang begitu sahaja akibat banyak ancaman dari penggodam yang dengki dengan kejayaan laman ini)
  • Blogged.my – Fungsi Ping yang mudah. Hanya dengan 1 klik. Perlu daftar sebagai ahli dan masukkan url blog ke dalam profile. Interface yang menarik dan tersusun.
  • Ping busuk – Antara laman aggregator kegemaran Hafiz. Menyediakan widget yang boleh diletakkan ke dalam blog. Setiap entry baru yang di Ping akan dipromosikan melalui widget tersebut. Mempunyai fungsi baru yang mampu menapis entry berbaur lucah.
  • Innit Nuffnang – Laman aggregator kepunyaan Nuffnang. Dikhususkan kepada pengguna setia Nuffnang (Glitterati). Agak leceh. Tapi berbaloi untuk mendapatkan trafik yang tinggi sekiranya entry yang di Ping berkaitan dengan BE (Buffered Earning)
  • Apesal.com – Laman yang memerlukan korang untuk memasang widget yang disediakan. Ping terhad kepada 2 entry setiap hari. Dan korang juga perlu maintain exchange ratio yang rendah (agak leceh) untuk memastikan entry korang dipromotekan menerusi widget Apesal.
  • Blogr.myLaman aggregator terbaru ciptaan anak Malaysia. Mempunyai sistem referral yang membolehkan korang mendapat point. Point tersebut akan memboleh kan profile korang berada dalam top list dan mampu menarik trafik yang tinggi. Ping boleh dibuat secara manual atau menggunakan RSS/feed. Entry juga boleh diklasifikasi mengikut kategori yang bersesuaian.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

27 Comments

Leave a Reply
  1. Saya tengah mencari-cari sumber untuk ping web di Malaysia.. terjumpa pulak blog awak. terima kasih bagi info yang berguna 😉

  2. Hebat2 belaka ping aggregator Malaysia ni. Harap2 janganlah ada orang denki dengan kejayaan site Malaysia 🙂

    Terima kasih banyak2 atas informasinya. Amat berguna untuk saya ^_^

    Salam,
    Danial

Leave a Reply to zool21 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *