in ,

Lama Berkurung Di Rumah, Sekarang Dah Boleh Bercuti Pelancongan Domestik.. Yeay!


Apabila diumumkan saja perlaksanaan perintah kawalan pergerakan dikawasan kita tak kisahlah PKP ke, PKPB ke atau PKPD sekalipun, terus diri rasa jadi kurang bersemangat sebab mulai tarikh yang berkenaan dah nak kena stay kat rumah lama-lama. Pendek kata nak pergi kerja pun nak kena tempuh roadblock bagai, nak pergi holiday dengan keluarga pun dah tak boleh, nak pergi window shopping tak boleh, nak naik kereta pun ada limit, nak makan-makan kat kedai pun tak boleh ramai-ramai. Dan yang paling tak best bila ada saudara mara yang nak buat majlis keramaian, kita ni tinggal harapan je la kalau rasa nak join memeriahkan suasana tu. Betul tak?

Well.. Bila situasi sebegini berlaku dan kehidupan seharian pun dah mula tersekat lama, ia bukan saja boleh mengganggu mental dan emosi anak-anak sebab bosan kat rumah. Tapi dalam masa yang sama turut melibatkan emosi mak ayahnya sebab penat nak kena melayan 1001 macam-macam karenah dan peel anak-anak.

Ya, aku tahu.. melayan anak-anak sememangnya tanggungjawab ibu bapa. Tapi kalau dah sebelum ini mereka dah terbiasa rutin mereka sendiri seperti pergi sekolah belajar apa yang patut, pergi mengaji kat kelas Kafa, main dengan kawan-kawan. Manakala hari minggu pulak, ada aktiviti riadah dengan kawan-kawan, kelas renang, kelas taekwondo, boleh ikut daddy holiday kat hotel dan sebagainya. Kemudian tup tup.. bila dah ada kawalan pergerakan ni, kesemuanya aktiviti yang dah sebati dengan diri mereka tersekat dan ada batas-batas yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya jangkitan Covid-19.. Adoyai.. Kacau sungguh kan.

Rindu nak bercuti. Kesian Aidan tak pernah ada lagi gambar jalan-jalan makan angin. Hohoho

Ikutkan hati rasa geram, tapi nak marah lebih-lebih pun tak boleh sebab jangkitan Covid-19 ni pulak bukan satu perkara yang perlu dipandang remeh. Sah positif je, jawabnya ke dalam wad kuarantin la kau 14 hari. Jauh daripada keluarga, jauh daripada dunia luar. Ngeri weh.. Hohoho.

Maka, nak tak nak terpaksa lah redha dengan ketetapan yang telah diaturkan. Sehinggakan rutin harian baru ini menjadi norma baru yang bosan seperti mengadap telefon dan tv je sepanjang masa (Khair nasib baik ada piano, boleh praktis piano sendiri kat rumah).

Cuma sekarang ni nasiblah situasi dah jadi semakin baik bilamana pihak kerajaan baru-baru ini dah mula melonggarkan sekatan dengan mengumumkan kebenaran perjalanan rentas daerah dan negeri, membabitkan negeri zon hijau untuk menghidupkan semula pelancongan domestik yang terjejas akibat COVID-19 – Inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau.

Allahu.. personally bila dengar je berita macam ni, terasa hilang satu beban. Mana taknya.. Maksudnya dalam masa terdekat, bila zon kawasan rumah aku ni dah bertukar jadi hijau, maka aku dah berpeluang untuk bawa family aku jalan-jalan makan angin untuk release tension (Cuma nak tunggu hijau tu harap-haraplah zon aku ni dapat tukar ke zon hijau cepat-cepat, sebabnya zon hulu langat masih merah.. Hahaha).

Tapi tak apa walaupun masih belum jelas bila waktunya aku boleh pergi makan angin, itu tak menghalang aku untuk terus check online kadar sewa hotel yang akan dibuka sempena pengumuman baik ini.

Yela, walaupun tahu hotel-hotel ini akan dibuka untuk mengaktifkan semula sektor pelancongan.. diri sendiri pun nak juga kena semak hotel mana yang berbaloi kan. Yang mana boleh bagi penjimatan, akan diutamakan supaya lebihan duit tu boleh dibuat modal untuk berbelanja benda lain pulak. Elakkan pembaziran orang kata. Hehehe.

So untuk semakan hotel-hotel ni, secara peribadinya aku selalu rujuk laman web Traveloka je untuk urusan hotel booking. Sebab dalam laman web travel ni kan mudah, dah tersusun segala info yang diperlukan termasuk gambar-gambar bilik yang ingin ditempah. Dan yang paling best bilamana ia turut menyediakan penawaran tarikh-tarikh dengan anggaran kadar terendah yang membuatkan kita dapat menikmati penjimatan terganda. Tinggal nak pilih dan bayar je.

Jadi, alang-alang dah boleh bercuti domestik ni kan.. korang pun try lah usha-usha laman web Traveloka juga. Mana tau ada satu dua tempat weekend getaway yang sesuai untuk korang pergi bercuti dengan keluarga ke. At least tak ada lah terperuk dekat rumah je kan.

Lagipun nak buat hotel booking melalui Traveloka ni ada je option “Pembatalan Percuma”. Kita book je dulu, kalau rasa tak boleh pergi nanti cancel je la. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *