Alhamdulillah. Lahir zuriat ketiga dalam keluarga kecil aku. Perancangan sebaik-baiknya daripada Dia Yang Maha Esa.
Jam 2 pagi isteri kejutkan aku dari tidur kerana air ketuban mula pecah, jam 5 pagi kami memasuki dewan bersalin di HUKM..
Tepat jam 9.07 pagi.. baby H selamat dilahirkan kedunia.
Alhamdulillah syukur. Sebesar-besar pujian bagiMu tuhan sekalian alam.
Kalau tahun lepas pada tarikh yang penuh sejarah ini, 14/3/2016 baby Hana meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tapi tanggal 13/3/2017.. Kami dikurniakan baby H sebagai ganti.
Walaupun lahirnya ke dunia ini agak awal dari tempoh yang dijangkakan, namun diucapkan syukur Alhamdulilah sekali lagi kerana baby H dilahirkan cukup sifat tubuh badannya.
Amin.. Amin.. Amin ya rabbal alamin.
Alhamdulillah…tahniah Hafiz n isteri.
alhamdulillah …tahniah …ada dah bekal dunia dan akhirat
Alhamdulillah… Tahniah bro..
Syukur alhamdulilah tahniah…
tahniah hero, semoga jadi anak yang soleh
tahniah tuan dan pasangan..smg bahgia selalu