Sebelum ini tak pernah terlintas difikiran aku bahawa selain daripada terkenal dengan tempat-tempat bersejarah, Melaka juga mempunyai tempat penyelidikan dan produksi yang berteknologi tinggi.
Ladang Solar Melaka adalah salah satu daripadanya. Projek ini yang dibangunkan oleh Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan dimiliki sepenuhnya oleh Chief Minister Incorporated, terletak hanya bersebelahan dengan kilang pemprosesan sel solar PV terkemuka negara iaitu AOU-Sunpower Sdn. Bhd.
Ladang solar ini yang dibuka sejajar dengan matlamat kerajaan Melaka untuk mencapai status bandar dan negeri berteknologi hijau pada tahun 2020, dibina diatas kawasan seluas 7,248.43 hektar.
Wow agak besar.
Jika dianggarkan, ianya menghampiri saiz sebanyak lebih daripada 10 buah padang bola.
First impression aku menjejakkan kaki ke sini ketika lawatan bersama SEDA Malaysia, boleh digambarkan perasaan aku ketika itu agak teruja apabila pemandangan sekeliling dipenuhi dengan lapangan panel solar PV yang tersusun kemas dan terbentang luas.
Untuk makluman semua, ladang solar PV sebesar ini hanya dikendalikan oleh 5 orang pekerja sahaja termasuk seorang Ketua Jurutera iaitu Tuan Haji Nordin Bin Ali, seorang jurutera dan 2 orang juruteknik, dimana setiap seorang daripada mereka akan bergabung tenaga untuk memantau data yang diperolehi setiap hari, memulihara kerosakan sekiranya ada, melakukan kerja-kerja maintenance, membuat pengiraan untung rugi dan lain-lain lagi.
Sedikit fakta menarik mengenai ladang solar ini:
- Ladang solar ini dibangunkan dengan dana pinjaman sebanyak RM46 juta.
- Mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 5MW yang disambungkan terus kepada grid kuasa utama, difahamkan oleh Tuan Haji Nordin juga bahawa pada hari kemuncak adakalanya penjanaan tenaga elektrik melebihi 5MW.
- Dibahagikan kepada 3 jenis fasa, yang mana setiap fasa akan menikmati kadar tarif yang berbeza iaitu RM0.9016, RM0.98 and RM0.9016.
Dibawah adalah gambar teknologi-teknologi yang sempat dirakamkan ketika lawatan:
Okay.. Jika difikirkan semula bagaimana penggunaan tenaga boleh baharu ini boleh menjana pendapatan sampingan bagi sesiapa yang menggunakannya, boleh dikatakan ladang solar Melaka ini adalah contoh terbaik bagi pengusaha industri yang ingin melibatkan diri dalam skala yang besar.
Walaupun pelaburan yang dilakukan pada awalnya dilihat menggunakan sumber kewangan yang banyak, tetapi dalam pengiraan jangka masa panjang ia adalah satu perusahaan yang menguntungkan dan dalam masa yang sama ia adalah sumber yang mesra alam dan tidak memudaratkan orang ramai.
Jadi, bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai solar PV, FiT dan apa-apa yang berkaitan dengannya, boleh layari laman web SEDA Malaysia di www.SEDA.gov.my.
Wah.. Teknologi mesra alam yg bagus ni
Nice sharing info bro
Terima kasih di atas perkongsian info.. Memang besar ladang solar ni… Tentu banyak hasil yang berjaya dituai pada setiap bulan… 😉
pergggghh! 10 padang bola tu..terbaiklah…
moga2 ada byk lagi negeri yg ikut langkah kerajaan Melaka ni…fuh
memang sangat luas.
out of topic : semoga bola sepak melaka kembali bersinar seperti sinar matahari di ladang solar 🙂
Perghhh…rajin giler ko sampai ke sini yea….
Pergi ramai2 bro. Kalau sorang belum tentu sampai. Silap2 sesat tak jumpa pun tempat. Hahaha
Perghhh mesti seronok kalau dapat pergi sendiri ni..hehe..
besar betul ladang solar kat melaka ek… kagum tengok…
Besar sekali, tentu cadangannya sangat banyak.