Seminggu lebih lagi sebelum bulan Syawal pergi meninggalkan kita, aku pasti mesti ada lagi saki baki rakan-rakan yang akan adakan open house dalam masa yang terdekat. Sabtu ini saja ada 5 buah rumah yang tersusun dalam senarai.
Okay, bila ada jemputan open house maknanya tibalah masa untuk menghadap makanan yang sedap-sedap belaka. Ketupat, rendang, lemang, satay, nasi minyak, .. dan kalau orang yang jemput tu kaya sikit, ada kambing golek. Jadi tak mustahil dalam beberapa hari ini berat badan pun tanpa segan silu akan naik seperti belon yang dipam.
Jalan penyelesaian
Diet..diet..dan diet..itulah jalan yang paling mudah selain bersenam untuk korang maintain perut ber-six pack macam perut aku. Tapi diet pun bukan boleh sebarangan punya diet. Diet ada bermacam-macam jenis. Dan perlu diingatkan juga, kalau mengamalkan diet yang terlampau..risau nanti akan timbul masalah kesihatan yang lain pula.
Jenis-jenis diet termasuklah:
- Diet Atkin
Diet yang popular dikalangan Malaysia. Berasaskan produk suplemen seperti Alpha Lipid SDII. Konsepnya adalah dengan mengurangkan karbohidrat dalam pemakanan tetapi dalam masa yang sama meninggikan tahap protein. Protein lambat dicerna dan diproses menjadi tenaga, maka disebabkan itu ia memaksa badan untuk membakar lemak didalam badan untuk menghasilkan tenaga. - Diet Detox
Diet yang kandungan seratnya tinggi oleh kerana pengambilan makanan yang berkalori rendah serta produk seperti pil dan herba. Ia membantu untuk mengurangkan air dan toksin didalam badan. Secara teorinya, badan tidak dapat menghadam makanan yang kandungan seratnya yang tinggi. Jadi untuk membuangnya, badan terpaksa menggunakan air yang sedia ada didalam badan untuk menolaknya daripada badan melalui sistem perkumuhan. - Diet melalui piramid pemakanan yang telah disyorkan sejak kita di bangku sekolah lagi. Dengan nisbah karbohidrat, protein dan lemak yang betul, ianya mampu membekalkan nutrien yang mencukupi kepada pengamalnya. Bukan itu sahaja, malah ia juga boleh meringankan masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kolestrol.
So, macam mana? Pilihan untuk diet sudah berada ditangan sendiri. Setiap orang pemilihan dietnya berbeza, tak semuanya sama. Jadi kena lah pilih cara mana yang bersesuaian dengan diri korang ye.
belum berjaya untuk berdiet huhu
kena cuba lagi ni kak sweet..hehe
bro,pegi gym la..p bina ketul2 tu.hehehe
gua gym dirumah je..hehehe
hehe tukang gunting aku boleh ajak aku main gym setelah mendapati aku semangkin maju kedepan
Sama macam kak siti..hehehe….
Diet?
meant “die” with “t”
Terima kasih di atas perkongsian info… Setiap hari ada jamuan raya.. Hari ni pun tengah makan dekat jamuan raya, sebab dekat office tengah buat Port Luck… Macam-macam makanan ada, tapi Kambing panggang takderlah… hehehe
I mostly follow diet seimbang dan mengambil lebih protein berbanding karbohidrat.
Yang tu dah kira ok sangat dah tu. 😉
Gua tak nak kurus.. tapi nak badan berketul2