Kuota FiT di Sabah

Seperti yang pernah aku terangkan sebelum ini, FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik (TNB & SESB) pada kadar harga jualan ataupun tarif premium dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan.

solar PV-kuota Fit di Sabah
Sumber gambar: Google

Well.. Kalau diikutkan, mekanisme FiT ini sememangnya menjadi rebutan kepada sesiapa sahaja. Namun berita terbaru yang dikeluarkan baru-baru ini agak mengejutkan dan sekiranya ada diantara pembaca yang sedang tertunggu-tunggu akan kuota FiT yang cepat kehabisan, pastinya berita ini akan membawa perkhabaran gembira terutamanya kepada penduduk-penduduk Sabah ataupun syarikat industri.

Datuk Seri Mahdzir Khalid, iaitu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, masih terdapat baki peruntukan sebanyak RM1.8 billion untuk dilaburkan kedalam industri tenaga boleh baharu dan beliau menggesa orang ramai terutamanya syarikat-syarikat besar supaya melibatkan diri dan mengambil peluang yang tersedia luas ini.

Katanya, daripada keseluruhan RM3.5 billion, dianggarkan hanya separuh ataupun RM1.7 billion sahaja yang memohon dan diluluskan melalui sistem pinjaman bank bagi sektor swasta sejak tahun 2010. Dan beliau berkata lagi:

Kami masih belum berpuas hati dengan respon yang diterima setakat ini. Masih terdapat baki RM1.8 billion untuk syarikat terutama di Sabah, yang diperuntukkan untuk membangunkan teknologi dan tenaga boleh baharu seperti biomass dan biogas. Pada masa yang sama, kami memerlukan pihak bank untuk memerikan sokongan dengan menyediakan pinjaman bagi syarikat dan individu yang berminat. Terdapat beberapa bank yang dikenalpasti yang menyediakan pinjaman tersebut.

Beliau yang hadir di sidang media bagi majlis “Sabah towards Green Growth” telah merasmikan majlis tersebut yang dianjurkan sepenuhnya oleh KeTTHA, dan turut hadir adalah Datuk Joseph Guntavid (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah) dan Datuk Loo Took Gee (Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ).

Buat pengetahuan semua, kebanyakan pemohon yang sedia ada daripada jumlah RM1.7 billion tersebut, majoritinya adalah syarikat-syarikat perindustrian sahaja. Kehadiran mereka semua didalam industri ini adalah hasil daripada mekanisme FiT yang diketengahkan oleh SEDA Malaysia.

Sayangi alam sekitar
Sumber gambar: Google

Satu fakta menarik berkenaan sumbangan tenaga boleh baharu di Sabah, sehingga 31 Disember 2013, Sabah telah menyumbang sejumlah 36.5 MW Tenaga Boleh Baharu daripada jumlah keseluruhan penjanaan negara iaitu 149.78 MW. Dan ia merupakan sumbangan yang besar kepada alam sekitar dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan api ataupun sumber tenaga fosil.

Disebabkan kuota yang ditawarkan masih lagi belum dipenuhi, buat masa ini kerajaan masih belum menetapkan kuota FiT di Sabah bagi penggunaan tenaga solar. Namun dimasa akan datang, ianya pasti akan ditentukan memandangkan inisiatif FiT telah pun diperkenalkan di Sabah.

Kadar FiT yang ditawarkan masih tinggi manakala kuota pun dilihat masih banyak. Jadi, buat orang Sabah yang berkeinginan untuk menggunakan TBB, sekarang adalah masa yang sangat sesuai. Bayangkan jika seseorang itu mempunyai banyak aset perumahan di negeri Sabah dan setiap satu daripadanya menggunakan solar PV sebagai tenaga boleh baharu, alangkah banyaknya keuntungan yang dapat dijana setiap bulan.

Sumber:

 

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *